Ahad, 12 Julai 2015

Azwan Ali buat hal di Makkah

 
Diva AA dikatakan tidak berpuas hati dengan perubahan jadual perjalanannya dari Madinah ke Makkah.


azwan-ali
Screen-Shot-2015-07-11-at-2.56.27-PM-630x414 

PETALING JAYA: Pengacara kontroversi, Azwan Ali tidak sudah-sudah membuat kecoh apabila dia yang kini sedang mengerjakan umrah dikatakan mengamuk dengan agensi yang menguruskan perjalanannya di tanah suci.

Menerusi status terbaru yang dikemaskini di laman Instagramnya, selebriti yang dikenali menerusi rancangan Melodi itu berang dengan agensi tersebut ekoran satu insiden kelewatan bas jemaah umrah yang bertolak dari Madinah ke Makkah.

Difahamkan bas yang sepatutnya dinaiki Azwan berlepas awal pagi tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila bas tersebut hanya tiba jam 10.30 pagi.

“Dari Madinah ke Mekah, dekat ke? Dah terlajak lebih Asar baru nak masuk Mekah. Memanglah problem, budak tak sekolah pun tahu logiknya.

“Show my whatsapp to your no. 1 bos (tunjuk whatsapp saya pada bos awak) k” tulisnya.

Status yang dikemaskini Azwan itu ditujukan kepada pemilik agensi haji dan umrah yang menguruskannya.
Bagaimanapun salah seorang pegawai agensi yang pernah mengendalikan Azwan tampil memberikan penjelasan.

Jelasnya yang dipetik daripada portal Rotikaya, perubahan jadual memang amalan biasa sejak bertahun untuk bertolak sekitar 10.00 pagi dari Madinah ke Makkah.


01-Azwan-Ali-Mengamuk-Lagi-Kali-Ini-Dengan-Agensi-Umrah-ROTIKAYA-1000x704

“Kenapa saya ingin kongsikan perkara ini, kerana saya pun bekerja sebagai (ejen) menguruskan jemaah untuk menunaikan umrah. Dan dia pernah sekali pergi umrah dengan agensi kami. Kami penat nak layan kerenah dia sebelum pergi dan sampai di sana pun ada yang tidak puas hati,” ujar pegawai yang menggunakan nama Samuel Prince di Facebook.


Tiada ulasan: