Sabtu, 11 Julai 2015

1MDB: Tiada alasan tak serah penyata

Tony Pua
 
 
 
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua mempersoalkan sikap anggota pengurusan syarikat milik kerajaan, 1MDB  kerana tidak memberi kerjasama penuh menyerahkan penyata bank syarikat itu kepada Jabatan Audit Negara.
 
Menurutnya, penyata bank adalah dokumen paling penting dalam siasatan ke atas syarikat tersebut.

“Bagaimana nak buat siasatan jika tiada penyata bank. Penyata bank adalah perkara paling penting dalam penyiasatan.

“Mereka(1MDB) juga lambat menyerahkan dokumen selain terdapat dokumen penting lain tidak disertakan,” katanya selepas sidang media, semalam.

Tony berkata, tiada alasan bagi 1MDB untuk tidak menyerahkan penyata bank itu. 

“Penyata bank boleh dicetak tidak sampai lima minit. Tiada alasan,” katanya.

Katanya lagi, jika 1MDB tetap enggan memberikan penyata bank tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengarahkan syarikat milik kerajaan itu berbuat demikian.

“Ini kerana perdana menteri yang telah mengarahkan siasatan tersebut dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata laporan interim yang disediakan Jabatan Audit Negara adalah amat memuaskan.
 
 

Tiada ulasan: