Isnin, 11 Ogos 2014

Nasib Khalid makin jelas ditangan Pas

MSO


Hari ini kemelut politik dalam PKR Selangor yang merebak ke dalam Pakatan Rakyat sudah hampir ke kemuncaknya dan sudah menampakkan denai-denai penghabisan. Puak yang mendokong Khalid Ibrahim mungkin merasa lega apabila Majlis Dewan Diraja Selangor telah menasihatkan Sultan Selangor supaya memberi laluan kepada Khalid untuk terus jadi MB Selangor.

Dengan mempercayai bahawa Khalid masih mendapat kepercayaan Adun Selangor, Sultan Selangor memberi perkenan supaya Khalid terus menjadi MB Selangor. Tetapi perkenaan itu tidak merupakan sesuatu yang muktamad dan sahih. Ia mungkin berlaku setakat beberapa hari sahaja, paling lama sehingga Pas mengadakan mesyuarat jawatankuasanya yang dijangka 17 Ogos setelah ditunda sebanyak dua kali, 10 dan 13 Ogos.

Pengakuan Khalid kepada Sultan Selangor kononnya dia mendapat kepercayaan Adun Selangor meragukan kerana tidak ada bukti jelas atau pun sebarang pernyataan bertulis. Khalid hanya beranggapan dia mendapat sokongan ahli Dewan dengan berpandukan kepada kenyataan akhbar kononnya empat Exco daripada Pas kekal bersamanya serta pengakuan media yang 12 Adun Umno menyokongnya sebagai bukti beliau masih mendapat sokongan.

Tidak ada apa-apa surat pernyataan yang ditanda tangani oleh ke empat Exco Pas itu menunjukkan apa yang didakwa oleh Khalid. Agak menghairankan juga macam mana Sultan boleh mempercayai Khalid tanpa ada bukti nyata?

Jika dihitung angka-angka yang disebut Khalid itu ini bermakna hanya 16 orang Adun sahaja yang menyokongnya semantara 39 orang Adun lagi masih menjadi tanda tanya. 39 Adun itu 15 daripada DAP, 13 daripada PKR dan 11 daripada Pas. Sekiranya 39 Adun ini tidak menyokongnya macam mana beliau boleh mempersembahkan kononnya beliau mendapat sokongan ahli Dewan?

DAP telah menyatakan yang kesemua 15 Adun mereka hilang kepercayaan kepada Khalid. Persoalan kini apakah 13 Adun PKR dan 11 Adun Pas menyokong Khalid atau pun tidak?

Secara gantlemannya Khalid tidak layak untuk memaklumkan kepada Sultan yang beliau masih mendapat sokongan ahli Dewan kerana tidak ada pernyataan bersurat berhubung sokongan berkenaan. Kemusykilan juga timbul berhubung hal ini sejauh manak pihak Istana atau Sultan mempertimbangkan keadaan ini yang masih dalam samar-samar ini? Apakah pihak Istana juga berpihak kepada Khalid?

Sementara itu seperti mana yang saya duga awal-awal Khalid akan membawa kes pemecatannya ke mahkmah untuk memberi ruang kepada beliau bertindak mempertahankan kedudukannya. Tindakan undang-undang ini adalah jalan bagi dia mendapat jangka hayat bagi tidak berundur walaupun beliau sudah hilang hak dari segi perlembagaan parti. Tindakan mahkamah atau perundangan adalah untuk melengah-lengahkan masa membolehkah MB itu terus berada di pejabat MB dan bekerja seperti biasa termasuk meluluskan apa-apa projek yang dirancang.

Khalid akan terus berada di bilik MB sehinggalah mahkamah atau undang-undang memberi penjelasan dan kata putus dalam soal ini. Manakala Sultan pula dipecayai akan memberi kata dua berpandukan kepada perkembangan seterusnya. Langkah ini disengajakan Khalid. Dalam ruang ini juga beliau akan terus mencari pengaruh bagi mendapat sokongan daripada Pas dan juga beberapa Adun PKR.

Perkembangan selanjutnya mengenai nasib Khalid akan ditentukan oleh Pas. Di sinilah Pas menjadi pemegang anak kunci kepada ketentuan nasib Khalid. Pas boleh mengambil kesempatan dalam situasi hari ini termasuk memiliki jawatan MB menerusi Khalid. Dengan sokongan kesemua ahli Pas 15 dicampur dengan Umno 12 menjadi 27, Khalid boleh kekal sebagai MB dengan mendapat kepercayaan anggota Dewan. Kekurangan dua Adun untuk mendapat majoriti Khalid mungkin akan berusaha untuk mendapat sokongan sekurang-kurang dua anggota Adun PKR.

Umno telah membuat kejutan apabila menyatakan kesemua Adunnya akan memberi sokongan kepada Khalid. Muhyiddin Mohd Yassin mengatakan sokongan itu adalah ikhlas bukan ada apa-apa undang disebalik batu? Sokongan Umno itu yang dianggap pelih dan diluar moral politik itu sebenarnya tidak memelikkan apabila menyelidik dan membelek politik Umno selama ini.

Dalam tempoh 48 jam ini sangat penting bagi Khalid dan juga PKR khasnya bagi menentukan nasib masing-masing. Sudah tentu mulai semalam Khalid atau agennya sedang berusaha untuk mendapatkan korum bagi mengekalkannya sebagai MB. Harga Adun Pas dan PKR juga ketika ini naik harga dengan tiba-tiba. Mana-mana Adun yang bersedia untuk mengkhianati Pakatan Rakyat dan memalukan Anwar bakal menerima bayaran lumayan.

Saya tidak mahu maralkan apa-apa di sini, tetapi kita sama-sama tunggu siapakah dalam kalangan 11 Adun Pas dan 11 Adun PKR akan sedia untuk menjual maruah mereka dengan bertindak berpaling tadah atau pun mengkhianati semangat Pakatan Rakyat. Saya yakin kesemua Adun DAP 15 orang akan konsisten dengan pendirian mereka menolak Khalid, termasuk juga tiga Exco mereka akan mengambil tindakan meletak jawatan.

Apakah Pas akan memberi arahan kepada empat Exconya dan 11 Adunnya terus menyokong Khalid atau tidak? Pas akan dinilai oleh seluruh pengundi dan rakyat Malaysia mengenai wibawa politiknya. Dalam pada itu dalam pengamatan saya berpandukan senario dalam Pas berhubung kronologi krisis MB ini Pas mungkin akan turut membuat kejutan politik sama dengan Umno, menyokong Khalid?

2 ulasan:

zack berkata...

PAS pun kena ingat kebanyakan kawasan undi yang menang tipis disokong oleh india dan Cina.Kelantan pun sekarang dah 50-50 Dan Sebab TSKI tak jadi bubar Adun sebab UMNO tak yakin Undi sekali lagi boleh menang.PAS kena ingat mainan politik UMNO .tak serik lagi ke dok kena tipu.

UMNO PARTI PENJARA berkata...

(( Sidang Tertutup )) -Penyelesaian Akhir Krisis MB Selangor

Hakikat yg pasti, UMNO takut terkubur di Selangor Jika Wan Azizah menjadi MB Selangor... Mungkin Ya!

UMNO perlu menerima hakikat ini yg memulakan drama ini berlarutan kerana mengumumkan Anwar bersalah kes liwat beberapa hari sblm sempat bertanding di kajang... Kemaruk kuasa di negeri termaju ini, menjadikan UMNO sanggup buat apa saja... Tapi tak mungkin pd Wan Azizah.. UMNO sudah berada di jalan mati...

Tapi, jika pemimpin lain yg menjadi MB selangor, mungkin UMNO mempunyai jalan2 lain yg lebih mudah!

Tawaran yg ditawarkan UMNO hanyalah cerita dongeng...

Konflik Anwar dan Khalid bersifat sementara..

Khalid akan pulang ke pangkuan PKR melalui Anwar juga sebenarnya..

Jadi, jangan susah hati sgt ye :)


Sumber
>>> Klik Di Sini