LIHAT VIDEO DI SINI
KELAB GREENBOC
Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad hari ini mengadakan piket membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.
Mereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan.
Piket NUBE di CIMB di Petaling Jaya dhari ini bermula kira-kira jam 12 tengahari ini selama satu jam dan disertai kira-kira 300 ahlinya termasuk kira-kira 60 kakitangan CIMB.
NUBE mempunyai kira-kira 5,000 ahli yang bekerja di rangkaian CIMB. Penolong setiausaha NUBE, A Karuna berkata aduan berhubung perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan bank sejak setahun yang lalu tetapi tiada tindakan.
Karuna berkata, piket yang diadakan di hadapan CIMB di Petaling Jaya itu merupakan yang kali ke-30 sejak Disember tahun lalu Sejak Februari lalu, mereka mengadakan piket antaranya di Kangar, Alor Setar, Temerloh dan Pekan.
CIMB diterajui Ketua pegawai eksekutif kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak - adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam perkembangan berkaitan, Karuna berkata pihaknya bercadang mengadakan piket besar-besaran di CIMB dan Bank Negara di Kuala Lumpur pada 6 April depan, supaya tuntutan mereka didengari.
Beliau mensasarkan 20,000 ahli NUBE termasuk kakitangan CIMB hadir dalam piket tersebut. -kingofgoblok
Adik mahu Najib kekal PM supaya mudah kayakan kroni – Azan
Keinginan Datuk Seri Nazir Razak supaya abangnya kekal sebagai Perdana Menteri dipercayai bertujuan memudahkan ‘kerja’ mengkayakan anak beranak dan kroni.
“Ini membuktikan jika Datuk Seri Najib Razak bukan Perdana Menteri, seolah-olah tiada lagi amalan mengkayakan kroni, rasuah.
Jadi susah untuk kawal kewangan.
“Kekayaan kroni dan anak beranak bergantung kepada Najib, adiknya sendiri mungkin hanya tumpang kuasa untuk jadi CEO,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kepada Keadilan Daily.
Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, adalah adik kepada Perdana Menteri itu.
Nazir dalam wawancara dengan stesen Bloomberg TV dilapor, berkata abangnya itu kononnya ada sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.
Jika berlaku perubahan, beliau dipetik berkata, ia kononnya mengecewakan pelabur dan terpaksa menilai kembali pandangan mereka terhadap Malaysia.
Mengulas lanjut, Azan berkata, Nazir sebagai seorang profesional dalam bidang perniagaan, tidak wajar membuat kenyataan seumpama ahli politik.
“Patutnya cakap, sesiapapun jadi Perdana Menteri selepas PRU 13 akan dapat beri kestabilan ekonomi dan bawa polisi baik,” katanya.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu turut menyindir Nazir yang risau dengan kedudukannya dalam dunia perbankan jika berlaku perubahan kerajaan.
“Adakah Nazir selama ini hanya bergantung kepada pengaruh abangnya?” kata beliau.
Kebelakangan ini, kakitangan CIMB kerap mengadakan piket di beberapa negeri berikutan mereka berasa kebajikan mereka diabai majikan. -KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan