Isnin, 11 Mac 2013

Tian Chua Akan Ambil Tindakan Mahkamah


Tian Chua parlimen 01


SHAH ALAM : Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Papagomo yang berterusan mendakwa beliau menghina Pasukan Keselamatan yang kini menjalankan tugas mereka di Sabah.

Dakwaan liar oleh blogger pro-BN itu kini bukan sahaja memburukkan nama baik beliau, malah keselamatan dirinya turut diugut dan diancam.

“Tuduhan menghina Pasukan Keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata.

“Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina Pasukan Keselamatan dan tugas mereka, saya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ini,” tegas Ahli Parlimen Batu itu.

Beberapa hari lalu, Tian Chua menggesa usaha memutarbelitkan kenyataannya dihentikan serta merta, dan meminta semua pihak menumpukan perhatian terhadap isu keselamatan negara di Lahad Datu.

Gesaan itu dibuat susulan serangan bertubi-tubi yang diterima Tian Chua terutama daripada pemimpin Umno-BN dan para blogger pro-BN berhubung satu kenyataan kononnya beliau memperkecilkan pejuang pasukan keselamatan yang terkorban.

Kenyataan Tian sebelum ini yang di siarkan Keadilan Daily menyebut bahawa beliau mendakwa mungkin terdapat agenda tersembunyi (sandiwara) Umno ekoran pencerobohan tentera Sultan Sulu di Sabah sejak pertengahan Februari lalu.

Lebih merumitkan keadaan apabila blogger seperti Papagomo menabur fitnah mendakwa Tian Chua menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan sebagai ‘Komando Mati Katak’.

“Para blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti,” tegasnya lagi.

Tiada ulasan: