KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Tian Chua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger pro-Umno yang dikenali sebagai Papagomo jika terus-terusan menuduh Naib Presiden KEADILAN itu menghina pasukan keselamatan yang bertugas di Sabah.Pada kenyataan media semalam, Ahli Parlimen Batu itu berkata, tohmahan blogger pro-Umno itu bukan sahaja memburuk-burukkan nama baiknya, bahkan mengancam keselamatan beliau.
“Tuduhan menghina pasukan keselamatan adalah fitnah dan pembohongan semata-mata. Saya putuskan untuk ambil tindakan undang-undang,” katanya.
Sebelum ini, Papagomo memutar belit kenyataan Tian Chua dengan menabur fitnah kononnya beliau menyifatkan pengorbanan anggota pasukan keselamatan sebagai ‘Komando Mati Katak’
Kenyataan itu kononnya dibuat pada satu ceramah di Puchong sedangkan Tian Chua berada di luar Lembah Klang ketika itu.
“Papagomo harus ambil iktibar akibat dari tindakan undang-undang dan berhenti menerbit artikel fitnah tanpa asas atau bukti,” katanya sambil meminta semua pihak menumpukan perhatian terhadap isu keselamatan negara di Lahad Datu.(FZL)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan