Isnin, 18 Mac 2013

Stadium runtuh: Kerajaan dicabar dakwa Raja Bahrin

Harakahdaily,



Raja Bahrin berucap pada satu majlis bersama muslimat di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Arkitek terkenal dari Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mencabar kerajaan agar mendakwa beliau ekoran keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

"Sekarang ini tersebar dalam internet bahawa saya terlibat dalam merekabentuk stadium yang runtuh ini.

"Saya mengaku memang saya terlibat dalam merekabentuk stadium ini. Tetapi suka saya sebut bahawa kami telibat dalam mereka bentuk stadium ini tetapi hingga konkrit saja.

"Untuk bumbung, design dan build, ia dibuat terus oleh syarikat dari Korea," kata Raja Bahrin.

Beliau memberi jaminan akan mendedahkan sepenuhnya projek ini dalam mahkamah kerana di luar sebagai pihak yang terikat dengan kontrak, beliau tidak boleh mendedahkan segala dokumen yang terlibat.

"Saya telah beberapa kali menghantar surat meminta pihak kerajaan memberitahu siapakah orang yang terlibat membuat rekabentuk bumbung yang memang dibawa dari Korea ini sampai sekarang,” ujarnya.

Tiada ulasan: