Selasa, 19 Mac 2013

Shahrizat: NFCorp beli Mercedes sebagai kereta syarikat, diletakkan di rumah

THE MALAYSIAN INSIDER

 Shahrizat menegaskan pembelian Mercedes-Benz CLS350 itu dibeli kerana NFCorp adalah 'syarikat besar' dan dilawati oleh pelawat asing. - Gambar failKUALA LUMPUR — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa National Feedlot Corporation (NFCorp), yang dimiliki oleh suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, membeli sebuah kereta Mercedes Benz bernilai RM534,622 pada 2009 sebagai kereta syarikat yang diletakkan di rumahnya.

Bekas menteri Kabinet itu berkata NFCorp membeli sebuah unit kondominium di Singapura sebagai tujuan pelaburan di bawah nama keluarganya kerana undang-undang Singapura melarang pembelian NFCorp secara terus, kerana ia adalah syarikat yang baru.

“Ada empat orang pengarah; mereka membeli Mercedes sebagai kereta syarikat,” kata Shahrizat dalam Mahkamah Tinggi hari ini.

“Satu kereta untuk empat pengarah - suami dan tiga orang anak, kami tinggal di rumah yang sama,” kata ketua wanita Umno, yang membawa beg Louis Vuitton dalam mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Shahrizat menegaskan pembelian Mercedes-Benz CLS350 itu dibeli kerana NFCorp adalah “syarikat besar” dan dilawati oleh pelawat asing. Beliau juga mengakui NFCorp memindahkan RM500,000 kepada Meatworks (Singapore) Private Limited, yang dimiliki oleh keluarganya, untuk membeli sebuah unit kondominium di Singapura bagi tujuan pelaburan.

“Saya kata ini syarikat baru melabur dalam perniagaan di Singapura.

“Pelaburan dibuat oleh NFCorp. Bila mereka memohon pinjaman, kerana NFCorp adalah syarikat baru, mereka menggunakan nama peribadi mereka,” kata Shahrizat, merujuk kepada ahli keluarganya.

Tiada ulasan: