Isnin, 25 Mac 2013

Selemah-lemah 'Mr Clean' Berani Bubar Dewan, Sehebat-hebat 'Mr BRIM' Tak Berani!

Skuad BO

http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita43/yadangang.jpgKUALA NERUS - Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak dilihat sebagai pemimpin yang hebat, yang petah berpidato dan telah mengumumkan 'kononnya' pelbagai pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan.

Namun sebaliknya, menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Zakaria Dagang, beliau sebenarnya adalah seorang yang penakut dan tidak beranai menghadapi kenyataan kerana sehingga kini, tidak berani mengistiharkan pilihanraya umum kali ke-13.

"Perdana Menteri yang hari ini, kalau dengar (dia) bercakap hebat, barangkali bab bercakapnya beliau hebat berbanding (perdana Menteri) sebelum ini, Pak Lah (Tun Abdullah) yang (dilihat) lembik dan tidak 'rok' (dipanggil) sebagai 'Mr. Clean', selemah-lemah Pak Lah berani bubar dewan (parlimen)

"tapi seberani-berani Mr BRIM (Najib Razak) takut nak bubar parlimen,"ujarnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan di Taman Perminta Perdana, Seberang Takir, dekat sini Sabtu malam, 23 Mac.

Sepatutnya, kata Zakaria yang juga Pengarah MTD PAS Seberang Takir, selepas Najib membentang dan menawarkan pelbagai perkara termasuk pencapaian NKRA dan pencapaian 'Transformasi' beliau membubarkan parlimen dan memanggil pilihanraya. [Lihat Video]

Namun katanya, Najib masih lagi tidak berbuat demikian kerana beliau tidak yakin sokongan rakyat memihak kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)

"hari ini bentang (program) 'transformasi' lah.........bentang pencapaian NKRA lah.........bentang macam-macam benda (kepada rakyat) kehebatan pengurusan dan pentadbiranya,

"dah kalau kalau dah comel belaka (Umno-BN) buat.....(buat) isytihar pilihanraya lah........tapi (masih) tak yakin, rakyat akan menyokongnya!,"tegas beliau.

Menurutnya, barangkali Najib belum mendapat 'restu' dai bomoh politiknya, kerana menang telah diketahui ramai, pemimpin Umno sering menggunakan khidmat bomoh, samada mahu menaikkan nama atau menang dalam sebarang pemilihan parti, termasuk dalam pilihanraya.

Tiada ulasan: