Roketkini.com
PUCHONG,: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dicabar bertanding di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini melawan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang jika MCA benar-benar yakin mampu mempertahankan kerusi yang didakwa kubu kuatnya.
“MCA mendakwa Lim Kit Siang ‘lari’ ke Johor kerana tidak berkhidmat dengan baik di Parlimen
Ipoh Timur. Betulkah atau MCA sudah goyang, takut?
“Saya nak tanya MCA , ‘you’ jangan cakap banyak. Kalau berani, ‘you’ panggil Chua Soi Lek bertanding di Gelang Patah,” kata Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo pada majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP Puchong, di sini, malam tadi.
Katanya, keputusan Kit Siang bertanding di Gelang Patah menunjukkan keberanian beliau menanggung risiko dan komitmen untuk perubahan politik di Malaysia.
“Sekarang masanya telah datang, cukuplah dengan segala kerosakan yang berlaku di Malaysia akibat dasar tidak adil Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 56 tahun,” katanya.
Menjelaskan kenyataannya, beliau yang popular dengan gelaran ‘Singa Puchong’ itu berkata, setelah 56 tahun UMNO-BN memerintah, mereka seolah-olah lupa diri dan menganggap Malaysia kepunyaan mereka.
Perkara ini boleh dibuktikan melalui senarai panjang pelbagai penyelewengan, salah guna kuasa, kezaliman dan diskriminasi terhadap rakyat dan negara.
“Mereka jadi begitu sebab setiap kali pilihan raya umum, mereka menang. Saya nak ingatkan BN dan Perdana Menteri, negara ini bukan milik kamu. Negara ini milik rakyat Malaysia,” katanya bersemangat dihadapan lebih 3,000 orang yang hadir. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan