Ahad, 17 Mac 2013

‘PR akan kembalikan kuasa pusat kepada negeri supaya lebih adil’

THE MALAYSIAN INSIDER

 Kit Siang mengemukakan tujuh langkah untuk menyingkirkan pemusatan kuasa ke tangan Eksekutif. - Gambar fail  KUALA LUMPUR— Mengembalikan kuasa pusat kepada negeri menjadi keutamaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih Putrajaya, kata Lim Kit Siang sambil menegaskan pemusatan kuasa punca kepada sistem autokratik kerajaan Malaysia ketika ini.

Menurut pemimpin utama DAP tersebut, pengagihan kuasa yang sama rata tersebut penting demi memastikan semangat perlembagaan Malaysia dapat dikembalikan.

“Pemusatan kuasa ke tangan Eksekutif telah menyebabkan kemunculan sistem autokratik kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengemukakan tujuh langkah untuk menyingkirkan pemusatan kuasa ke tangan Eksekutif yang telah diamalkan sejak lima dekad, salah satu daripada tiga cabang kerajaan yang menyebabkan Parlimen tertakluk kepada institusi dan melemahkan konsep asas demokrasi.

Untuk mengembalikan keunggulan Parlimen, Lim berkata PR akan melantik speaker Dewan Rakyat bebas yang tidak terikat dengan kerajaan pusat, serta akan menyemak ketetapan sedia ada badan perundangan tersebut yang tidak seimbang bagi kedua-dua belah pihak untuk memainkan peranan.

MP Ipoh Timor tersebut juga berkata Bil perundangan akan diserahan dua minggu awal daripada pembentangan dan jawatankuasan terpilih parlimen akan ditubuhkan untuk membenarkan ahli parlimen mempunyai banyak masa untuk mengkaji dan mendapat maklum balas keatas undang-undang yang dicadangkan.

Disamping itu juga, beliau berjanji akan terdapat peruntukkan untuk mengukuhkan kuasa menteri dibawah pentadbiran PR, dalam pada masa sama mengekalkan konsep pemisahan kuasa.

Beliau mendakwa amalam sedia ada “mempunyai kesan dalam melantik Menteri dan memberikan kesan kepada ‘Little Napoleons’ membatasi kuasa dan  tindakan mereka di luar semakan kehakiman.

“Ini membawa kepada salah guna proses dan membolehkan cabang Eksekutif mempunyai kuasa besar dan mengelak ketelusan,” kata Lim.

Beliau menambah PR akan menyemak semula undang-undang sedia ada yang menggunakan peruntukkan sedemikian.

Selain itu, Lim juga berjanji untuk menggantikan pertikaian Akta Rahsia Rasmi dengan Akta Kebebasan Maklumat - yang telah diluluskan sebagai undang-undang di beberapa negeri bawah pemerintaan PR-, seperti Selangor - untuk mewujudkan sistem kerajaan yang telus dan bertanggungjawab.

PR juga akan melantik “ombudsman” dan membentuk Mahkamah Perlembagaan untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang bercanggah dengan undang-undang tertinggi di negara ini, katanya.

Beliau berkata langkah tersebut akan memperkukuh demokrasi dan mencegah penyelewengan yang berkaitan dengan pemerintahan autokratik.

Tiada ulasan: