Isnin, 25 Mac 2013

PKR dakwa Najib ciplak dasar untuk permit teksi

MALAYSIA KINI


 
PKR mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meniru dasar Pakatan Rakyat dan menggunakannya untuk menarik sokongan pemandu teksi supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa perkara ini terbukti apabila Najib membuat pengumuman mengenai pemberian 1,000 permit teksi individu semalam.

Rafizi berkata, tindakan Najib itu menunjukkan perdana menteri mengaku bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.

“Kedua, ia mengesahkan bahawa program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno atau BN.

“Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat,” kata Rafizi dalam satu kenyataan

Tambahnya, Pakatan bagaimanapun menawarkan penyelesaian jangka panjang dan bukan hanya “gimik politik” untuk menangani masalah pemandu teksi itu.

Tiada ulasan: