Sabtu, 9 Mac 2013

Pencerobohan Lahad datu; Umno/BN Gagal Menjamin Keselamatan Negara

Mohd Tishaah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/ustaz%20alias%20hamid_2.jpgKEMAMAN – Peristiwa pencerobohan orang asing di Lahat Datu, Sabah, bau-baru ini membuktikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (Umno/BN) gagal menjamin keselamatan dan keamanan kepada rakyat.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Ustaz Alias Abdul Hamid, dakwaan pemimpin UMNO/BN bahawa hanya UMNO/BN sahaja yang mampu memberi keselamatan, keamanan dan pembangunan kepada rakyat hanyalah retorik, lakonan dan sandiwara sahaja.

Beliau mempersoalkan, bagaimanakah begitu mudah orang asing menceroboh masuk ke dalam negara kita, apakah ukuran (standard) keselamatan negara kita berada di tahap seperti ini?

"rakyat tertunggu – tunggu bilakah PRU Ke-13 akan diadakan, dengan pelbagai isu keselamatan dan kepincangan ekonomi saya yakin inilah masanya rakyat akan melakukan perubahan dengan memilih PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) menerajui kerajaan selepas ini,

"disamping isu keselamatan, UMNO/BN cuba memenangi hati rakyat dengan isu pembangunan, apakah makna pembangunan jika setiap keperluan asas seperti air, elektrik, lebuhraya, hospital dan pendidikan terpaksa dibayar dengan harga yang mahal oleh rakyat’, soalnya lagi.

Beliau berkata demikian di majlis penerangan isu semasa bersama Ibrahim Sulaiman (Leman Raja Lawak) dan Amri Mamat, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman di perkarangan Surau Feri, Kemasik semalam, Jumaat 8 Mac.

Beliau menyeru supaya rakyat membuang mitos dan kepercayaan karut hanya UMNO/BN yang mampu memerintah, jika UMNO/BN kalah negara akan huru hara dan tidak ada pembangunan.

Katanya, fakta membuktikan PAS dan PR berjaya memerintah Kelantan selama 23 tahun, menghampiri 5 tahun di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, tanpa UMNO/BN memerintah di negeri tersebut tapi tiada masalah dengan keselamatan dan pembangunan tetap berjalan.

Beliau yang merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kemasik menjelaskan kerjasama PAS dengan PKR dan DAP berdasarkan tahaluf siyasi yang diharuskan dalam Islam untuk menentang kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.

"UMNO berada dalam BN tapi kerajaan memberi lesen judi, membuka kilang arak dan memberi lesen kelab malam secara berleluasa, inilah pengkhianatan UMNO kepada Islam dan orang Melayu,

"UMNO mengajar rakyat pilih pemimpin yang mampu memberi duit berbanding dengan orang Cina yang mengajar bangsanya memilih pemimpin yang mampu mempertahankan dan membela kaum Tionghua sendiri, inilah bezanya UMNO,"jelasnya.

Menurutnya, PAS bersama PR telah bersetuju secara bertulis empat (4) dasar penting iaitu Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dipertahankan dan kedaulatan Raja – Raja Melayu dikekalkan,

Oleh itu, katanya, tiada ada sebarang masalah kepada seluruh rakyat untuk melakukan perubahan dalam PRU-13 nanti.

Justeru, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak bersengkokol dan menyokong kezaliman UMNO/BN kerana maksud hadis menyatakan sesiapa yang bersengkokol dan menyokong pihak yang melakukan kezaliman dan penindasan akan disambar dengan bahang api neraka.

Tiada ulasan: