Selasa, 5 Mac 2013

Penceroboh enggan menyerah, apa tindakan M’sia?

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Laman The Philippine Inquirer pagi ini menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.

lahad datu

Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa, bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi.

“Tidak. Tidak menyerah,” kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.

Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.

“Ini hanya bermakna mereka hanya takut kepada kita…Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan,” kata Idjirani seperti dilapor Malaysiakini.

Kenyataan ini adalah susulan tindakan pasukan keselamatan negara melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi tadi.

Tiada ulasan: