Nampaknya video pembongkaran Taib Mahmud dan kerabatnya (DI SINI)
yang telah didedahkan kepada Global Witness baru baru ini mendapat
perhatian pelbagai pihak sehingga kes korupsi melibatkan Taib Mahmud
oleh SPRM yang telah senyap sekian lama, tiba-tiba SPRM dengan sepantas
kilatnya membuka siasatan sekali lagi untuk pemimpin aka Ketua Menteri
Sarawak, Taib Mahmud. Yang menariknya….
Kalau sebelum ini Anwar ibrahim dilabel
sebagai agen Amerika, CIA, agen Yahudi, agen Israel, pelbagai agen lagi
termausklah yang terbaru ini agen SULU (SEPERTI DI SINI)
apabila Anwar Ibrahim dituduh sebagai penyebab punca kepada permulaan
kekacauan di Lahad Datu, Sabah oleh pengganas SULU, kali ini Anwar
Ibrahim sekali lagi didakwa Taib mahmud adalah punca pembongkaran &
tersebarnya video kegiatan korupsi oleh Global Witness…
Antara Butir Ucapan Taib Mahmud VS Anwar Ibrahim?
Ucapan ini disampaikan ketika Taib
Mahmud merasmikan dewan serbaguna Kampung Lintang, Petra Jaya yang
bernilai RM1 juta yang Taib mahmud menggunakan sepenuhnya 25 minit untuk
mempertahankan dirinya daripada dakwaan terbaru terhadapnya baru-baru
ini :
“Rakyat dahulu berjuang untuk capai kemerdekaan kerana kita tidak mahu orang luar campur tangan dalam politik kita, tetapi malangnya ada pula pemimpin yang kononnya ‘champion’ di peringkat antarabangsa seolah mahu sejarah penjajahan berulang semula.“Anwar ibrahim tidak layak tadbir negara (Malaysia), tindakan Anwar Ibrahim yang dilihat terlalu bergantung kepada nasihat orang luar, pentingkan penyokong-penyokong di luar negara, membawa NGO luar untuk campur tangan dalam politik negara, jelas tindakannya itu tidak baik untuk Malaysia dan Sarawak amnya,” katanya“Macam-macam isu ditimbulkan, isu berkenaan hutan Sarawak dikatakan semuanya gondol, tidak ada yang tinggal. Tetapi kita semua tahu ini semua tidak betul, apa sahaja BN buat tidak betul, beliau (Anwar) sahaja betul,” katanya.“Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala ‘Arab Spring’, itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan,” katanya.“Ini bukti perbezaan politik BN berbanding pembangkang, kita (BN) tidak burukkan negara sendiri, atau timbulkan isu seperti hutan di Sarawak sudah gondol sedangkan fakta tersebut tidak betul.“Jika dibandingkan ketua pembangkang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula, saya lebih percaya Perdana Menteri akan bawa kemajuan kepada Malaysia kerana beliau telah mendapat didikan terbaik dalam soal membawa pembangunan kepada negara ini,” katanya.“Saya nasihatkan Datuk Seri Anwar mengetahui apa yang benar berlaku di negeri ini dan Anwar Ibrahim sepatutnya mempertahankan negeri Sarawak ini yang dilanda banyak propaganda bohong pada peringkat antarabangsa berkenaan hutan. Jika Anwar Ibrahim berbuat demikian baru kita percaya dia mahu berjuang untuk rakyat negeri ini,” katanya.
Sumber : Bernama Malaysia
Maknanya jikalau disemak kenyataan Taib
Mahmud ini, Sarawak tiada sebarang masalah. Sebarang pendedahan yang
dilakukan ketika ini adalah tidak benar sama sekali. Tiada rampasan
tanah adat, balak-balak diteroka sewenang-wenang atas nama projek
perladangan. Tiada masalah langsung. Malahan, Anwar Ibrahim yang
bersalah dalam soal pembongkaran video terbaru kali ini oleh Global
Witness (GW).
Video Terbaru Global Witness VS Taib Mahmud
LIHAT VIDEO DI SINI
Walaubagaimanapun, Global Witness sekali
lagi mengeluarkan satu lagi video yang menyaksikan seorang peguam
mengatakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) akan
meluluskan perjanjian tanah di negeri tersebut.
“Ini telah mendapat pelepasan, kelulusan, secara lisan, dari ketua menteri kita. Beliau merupakan menteri untuk perancangan sumber, dia boleh membuat keputusan melalui lembaga menteri,” kata Huang Lung Ong“Sebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari Huang & Company AdvocatesSebaik sahaja kami dapat nama, kami hantar. Kami akan mendapat kelulusan. Ini adalah sebahagian daripada syarat awal bagi transaksi itu,” tambah peguam dari Huang & Company Advocates
Beginilah harapan kami SPRM dapat
menjalankan siasatan mengenai dakwaan ini setelus mungkin.
Buktikan
kepada rakyat Malaysia yang SPRM menjalankan siasatan tanpa mengira
status, baik iklan kecil ataupun ikan jerung. Buktikan…..Dakwaan demi
dakwaan terus timbul melibatkan “raja Sarawak” ini tetapi masih lagi
kelihatan kekal sehingga ke hari ini…
Sampai bila?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan