Anis Nazri , |
Sebaliknya, SPR perlu sedaya-upaya mengendalikan pilihan raya yang adil untuk memberi peluang kepada semua parti yang bertanding untuk berkempen.
Lebih-lebih lagi, dalam suasana media perdana yang tidak bersedia memberikan akses kepada Pakatan Rakyat untuk menerangkan perjuangan parti tersebut.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Ramli, berkata jika calon-calon daripada Pakatan Rakyat diberikan akses sama seperti calon Barisan Nasional, pihaknya bersedia untuk bersetuju dengan tempoh kempen yang diamalkan sekarang.
"Masalahnya, akses media hanya meliputi calon BN. Sama ada tv, surat khabar mahupun radio. Perdebatan terbuka secara langsung tidak pernah ada. Jadi, kami tiada pilihan melainkan terpaksa menjelajah seluruh negara, yang sudah pasti memerlukan tempoh yang panjang," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, jika calon BN menjelajah negara dan kemudiannya disiarkan di televisyen, seluruh rakyat Malaysia dapat melihatnya berbanding calon Pakatan yang tidak diketengahkan kepada umum.
Mengulas lanjut tentang alasan SPR bahawa kecanggihan teknologi sudah mencukupi untuk berkempen, Dr. Hatta berkata ia masih belum memadai memandangkan capaiannya yang tidak menyeluruh, khususnya di kawasan luar bandar.
Justeru, beliau mengharapkan SPR untuk mempertimbangkan semula tuntutan Pakatan Rakyat untuk tempoh kempen 21 hari.
"Bagaimanapun, Pakatan Rakyat sentiasa dalam siap-siaga bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, jika tempoh kempen 11 hari dikekalkan SPR," kata Dr. Hatta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan