Oleh Arif Juhani
PETALING JAYA : Pakatan Rakyat sebulat suara menolak tempoh 10
minit untuk membentangkan manifesto PRU 13 di Radio Televisyen Malaysia
(RTM).
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan
itu bertujuan menunjukkan kepada kerajaan supaya berhenti mempersendakan
Pakatan dengan menawarkan ruang yang tidak ikhlas.
“Pakatan
menolak tawaran 10 minit untuk muncul di media Umno BN kerana kita
lihat tawaran itu hanya memperolok-olokkan sistem demokrasi yang
diamalkan di Malaysia.
“Pakatan juga curiga sekiranya penerangan manifesto dalam tempoh
singkat itu tidak disiarkan sepenuhnya,” katanya pada sidang media
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu pejabat KEADILAN lewat petang
semalam.
Menurut Anwar, Pakatan Rakyat akan menggiatkan lagi kempen penerangan menjelang pembubaran Parlimen tidak lama lagi.
“Kita akan memperbanyakkan program bersama antara parti komponen bagi
menjelaskan manifesto Pakatan kepada rakyat di samping menangkis
politik fitnah Umno yang makin berleluasa menjelang PRU,” ujarnya.
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua
Publisitinya, Tony Pua.
Dalam sidang media sama, video penerangan manifesto turut dilancarkan Pua. – NS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan