Khamis, 28 Mac 2013

Pakatan, bekas tentera anjur Munajat Selamatkan M’sia 31 Mac

Oleh Arif Juhani

SHAH ALAM : Sekretariat Pakatan Rakyat dengan kerjasama NGO bekas tentera, Kerabat dan Pahlawan akan mengadakan program ‘Munajat Selamatkan Malaysia’ dan ‘Forum Lahad Datu: Rakyat Berhak Tahu’ pada Ahad, 31 Mac ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memaklumkan, munajat akan dipimpin Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Johari_KhalidSamad
 
“Ia bertujuan memohon kepada Allah agar perbuatan jahat pihak tertentu yang mahu merosakkan usaha Pakatan memenangi PRU-13 gagal.

“Kita seru rakyat hadir beramai-ramai ke program itu nanti,” kata Khalid kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di Pusat Perniagaan Worldwide hari ini.

Kata Khalid, dalam ketakutan Umno-BN membubarkan Parlimen, dalam masa sama menggunakan pengundi hantu, menyebarkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan.

“Sekarang kita nampak isu Lahad Datu akan jadi fitnah terakhir kepada pemimpin Pakatan. Sebab itu kita adakan forum ini untuk menerangkan kepada rakyat isu sebenar,” ujarnya.

Pahlawan

Pada sidang media sama, ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul berkata forum Lahad Datu yang dipengerusikan beliau akan membariskan barisan mantan pegawai atasan dari polis dan tentera sebagai panelis.

“Kita serahkan kepada mereka untuk mengulas situasi sebenar insiden Lahad Datu, apa sepatutnya tindakan patut diambil oleh kerajaan dan apa yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani.

kerabat (1)

Forum menggandingkan Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid, Briged Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Abdul Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid dan mantan Ketua Cawangan Khas (SB) Sabah, ACP (B) Mohd Yousoff Babjee.

Forum boleh dilayari secara langsung di Ehsan TV, TV Selangor, TV Impian Ubah TV, Suara Rakyat FM dan Radio Bangsar Utama. – SDQ

Tiada ulasan: