Isnin, 11 Mac 2013

Najib langgar prinsip asas demokrasi

KL TODAY

 
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tidak menghormati prinsip-prinsip asas demokrasi apabila mengecam parti pembangkang di hadapan  kakitangan awam ketika beliau hanya peneraju kerajaan sementara.

Demikian kata anggota Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar).


Datuk Seri Najib sebagai peneraju ‘caretaker government’ hari ini dalam ucapan bersama penjawat awam secara jelas membuat suatu pernyataan yang bersifat kecaman, pengaruh tak berpatutan dan perdayaan terhadap parti selain Barisan Nasional.

Beliau dianggap telah mendorong suatu tindakan prejudis kepada parti selain BN di kalangan penjawat awam, kata Mohammad Faizal dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Najib disifatkan sebagai peneraju kerajaan sementara selepas 8 Mac 2013 iaitu selepas lima tahun mandat yang diberikan rakyat.

Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata,  dari segi perlembagaan, kerajaan BN dikira masih kerajaan penuh kerana Parlimen belum dibubarkan lagi.


Bagi Mohammad Faizal, penjawat awam telah dilingkungi oleh suatu doktrin kepartian sekaligus menjadikan penjawat awam dikongkong dengan politik kepartian BN.

“Malang Malaysia mempunyai seorang PM yang hanya bermandatkan kerajaan sementara (caretaker government) sebegini,” kata Mohammad Faizal.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia lupa pekerja swasta lebih ramai..

KLIK IPT DIKOMPAUN AMBIL PELAJAR TIDAK LAYAK