Jumaat, 15 Mac 2013

Musa Hitam beri isyarat

Oleh Mazir Ibrahim



BARU-baru ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilaporkan media, bahawa beliau menyatakan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah, Malaysia tidak akan bankrup.

Adakah kenyataan beliau ini tidak mempunyai asas? Adakah kenyataan beliau ini semberono atau sengaja nak main politik murahan seperti Tun M?

Saya amat tertarik dengan buah fikiran Musa itu. Saya berpendapat bahawa idea Musa jauh lebih cerah, real dan jauh ke hadapan berbanding idea pemikiran Tun M yang hanya setakat tahun 2020. Lepas tahun itu, tahun 2021, pemikiran Tun M tidak bermakna apa-apa lagi.

Pemikiran Tun M ini agak ironik sifatnya kerana setiap idea atau pemikiran yang baik ia bersifat transcendental (malar) dan subur sepanjang zaman.

Inilah yang membezakan jiwa merdeka dengan jiwa ‘inferiority complex’.

Pandangan beliau mengenai survival ekonomi orang Melayu cukup ampuh bila mana secara tuntas beliau menyatakan bahawa pengusaha Melayu ( ahli perniagaan) sememangnya mampu bersaing dan lebih berjaya tanpa berpayung dengan ihsan kerajaan sedia ada.

Kenyataan beliau ini disokong oleh pengalaman beliau sendiri keluar negara dalam urusan kerja dan bertemu secara tidak langsung dengan ramai pengusaha Melayu yang berjaya di negara orang.

Apabila diselidik, semua peniaga Melayu ini berusaha atas keupayaan sendiri baik dari segi kemahiran, komunikasi dan jaringan perniagaan.

Pengalaman ini secara tidak langsung telah mengabsahkan bahawa tindakan kerajaan Pulau Pinang melaksanakan polisi tender terbuka sememangnya memberi kesan yang amat positif untuk semua pengusaha lebih-lebih lagi untuk pengusaha Melayu.

Bukti bahawa lebih daripada tujuh puluh peratus tender kerajaan yang dimenangi oleh kaum Melayu ini telah menjadikan DAP dilabel sebagai anti Cina oleh puak MCA. Pada masa yang sama puak UMNO masih mendendangkan lagu lama iaitu mendakwa kaum Melayu Pulau Pinang telah dipinggirkan oleh kerajaan negeri yang diterjaui Lim Guan Eng.

Berbalik kepada idea Musa, beliau turut menzahirkan satu hakikat bahawa kaum Melayu harus berani mengubah pemikiran lama yang suka bergantung dan suka merendah diri tak bertempat hingga sifat baik ini bertukar menjadi ‘jiwa hamba’ atau ‘jiwa orang yang kalah’.

Ini tidak membantu kaum Melayu untuk maju dan berjaya dalam apa jua bidang, lebih-lebih lagi dalam aspek perniagaan.

Ini sangat bertentangan dengan dasar UMNO yang mahu semua orang Melayu duduk berpayung atau bergantung dengan kerajaan atau parti UMNO dan Barisan Nasional.

Malah ini juga amalan Tun M hingga ke zaman Najib Tun Razak hingga rakyat diminta untuk berterima kasih dengan kerajaan. Ini fatwa songsang!

Sepatah kata Musa, “bisnes did not recognize your races or identity of yourself” (perniagaan tidak mengenal kamu bangsa atau identit iapa).

Dengan maksud lain, untuk berjaya dalam ekonomi dan perniagaan, kamu perlu bergantung kepada kemahiran dan kebijaksanaan individu, bukan bangsa, keturunan, keluarga atau warga negara.

Inilah semangat sebenar dalam dasar yang sedang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS dalam memastikan pembangunan ekonomi dan agihan ekonomi yang adil untuk semua pihak.

Jika hanya sloga, tidak mungkin idea ini akan terzahir dengan jayanya, tetapi sebaliknya dasar ini disertai dengan iltizam, pelaksanaan dan mentaliti yang baru. Ini yang membezakan usaha yang dibawa oleh PR dan BN.

Musa Hitam telah memberi isyarat buat seluruh rakyat Malaysia. Apa isyaratitu? Bukansokong PR, beliau tidak pernah mengatakan rakyat perlu sokong PR tetapi isyarat sebenar beliau adalah – inilah masanya untuk kita rakyat Malaysia, semua bangsa untuk Ubah! – Roketkini.com

Tiada ulasan: