Khamis, 21 Mac 2013

Mereka yang menipu tentang Anwar akan disaman hingga bankrap, kata peguam

TERKINI
Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kliennya akan menyaman mereka yang menyebar berita fitnah ke atasnya sehingga bankrap, selepas memfailkan saman ke atas blogger pro-Umno “Papa Gomo” yang mendakwa Anwar terlibat dalam sebuah video seks.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang, kita akan bankrapkan mereka jika mereka berterusan melakukan penipuan ini,” kata peguam Anwar N. Surendran memberitahu wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu, beliau berkata akan memfailkan lebih banyak saman ke atas “Papa Gomo” atau Wan Muhammad Azri Wan Deris jika beliau terus membuat material fitnah di dalam blognya www.papagomo.com.

“Setiap kali Papa Gomo membuat tuduhan fitnah, gambar lucah, video fitnah, kita akan saman beliau sehingga bankrap,” kata Surendran (kanan).

Surendran juga mengatakan Anwar tidak akan melaporkan laporan polis atau mengadu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai isu ini, dan berkata mereka mahu tindakan mahkamah dijalankan.

Latheefa Koya (kiri), seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, turut memberitahu tidak perlu memfailkan aduan kepada SKMM, memandangkan badan tersebut boleh bertindak tanpa aduan.

Dalam saman menentang “Papa Gomo” atau Wan Muhammad di Mahkamah Tinggi hari ini, Anwar mahu menyaman dan injuksi bagi menghalang blogger tersebut dari terus menerbitkan apa juga tuduhan yang didakwa fitnah.

Surendran berkata mereka menuntut RM100 juta sebagai ganti rugi ketika prosiding mahkamah, kata saman tersebut difailkan selepas Wan Muhammad gagal memadamkan posting di blognya dan memohon maaf dari tarikh tutup dua hari pada Selasa lalu.

Dalam kenyataan hari ini, ia merujuk kepada tiga posting blog oleh Papa Gomo yang didakwa mengandungi perkataan dan gambar fitnah.

Dalam posting pertamanya Sabtu lalu, blogger tersebut meletakkan gambar seorang lelaki bogel di belakang seorang lelaki di dalam bilik.

Laman tersebut turut meletakkan pautan ke sebuah lagi blog dinamakan “Aksi si Raja Goyang”, yang menerbitkan 13 gambar menunjukkan dua orang berpelukan dan bercium, dipercayai dari video yang sama.

Sabtu lalu, Anwar menafikan sebarang penglibatan dalam gambar tersebut, dan berkata: “Ini adalah gimik politik jijik oleh Umno.”

Pada Selasa lalu, Surendran berkata gambar tersebut adalah palsu dan mahu mencalarkan imej ketua pembangkang itu menjelang Pilihan Raya 2013, yang mesti dilangsungkan selewat-lewatnya Jun.

“Pengedaran gambar palsu dan tuduhan fitnah itu adalah bertujuan memburukkan Anwar yang terus digunakan dalam politik kotor yang diamalkan oleh Umno dan bloggernya,” katanya lagi.

Surendran mendakwa blogger Papa Gomo “mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan Umno”.

Tahun lalu, terdapat percubaan untuk mengaitkan Anwar dengan skandal seks selepas pendedahan video oleh “Datuk T bertiga”, iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Anwar menafikan beliau adalah lelaki dalam video seks tersebut dan membuat laporan polis kepada trio tersebut selepas sehari video itu ditayangkan kepada media.

Pada 24 Jun tahun lalu, trio “Datuk T” mengaku menyiarkan video seks tersebut dan didenda RM5,500 oleh majistret Aizatul Akmal Maharani.

Shazryl Eskay dan Shuib didakwa kerana menyiarkan bahan pornografi sementara Rahim didakwa kerana bersubahat dengan mereka.

Semasa penghujahan mereka, mahkamah diberitahu seorang pakar dari Amerika Syarikat mengatakan lelaki di dalam video tersebut ialah Anwar.

Tiada ulasan: