Ahad, 17 Mac 2013

Menjelang PRU13, iklan mesra BN, video memenuhi ruang siber

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

 Di antara yang mempunyai bajet iklan besar adalah Unit Pengurusan Prestasi Perlaksanaan (Pemandu), BN Pulau Pinang dan inisiatif komponen BN lain. – Gambar fail KUALA LUMPUR — Agensi kerajaan, jabatan-jabatan dan parti Barisan Nasional (BN) sedang membeli sejumlah besar ruang pengiklanan atas talian di kala klip video pro kerajaan dikeluarkan untuk menyaingi bahan-bahan dan iklan pro pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 bulan depan, kata satu sumber dalam industri.

Sumber dari industri pengiklanan mengatakan mereka menerima lebih banyak permintaan di laman sesawang dan portal yang popular di Malaysia dengan semua agensi meminta untuk eksklusif sehingga akhir April, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangkakan untuk mengadakan pilihan raya.

“Telah mempunyai banyak permintaan dan sesetengah agensi tersebut mahukan eksklusif di papan utama, banner, LREC dan iklan ‘skyscaper’,” kata seorang eksekutif pengiklanan kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada pelbagai jenis iklan dan posisi di laman sesawang.

Di antara yang mempunyai bajet iklan besar adalah Unit Pengurusan Prestasi Perlaksanaan (Pemandu), BN Pulau Pinang dan inisiatif komponen BN lain, tambah eksekutif tersebut.

“Akan tetapi, terdapat banyak laman sesawang dan portal di luar sana dan tidak mudah untuk mendapat eksklusif seperti itu selama dua bulan walaupun pada harga luar biasa,” kata seorang pengarah pengiklanan lain, mengatakan ianya boleh dilihat sebagai anti persaingan.

“Kita tidak boleh menyisihkan semua iklan lain melainkan laman sesawang peribadi. Akan tetapi mereka mencuba kerana selalunya ianya menjadi ruang untuk pembangkang,” tambah beliau.

Pengurus pengiklanan yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu The Malaysian Insider, kebanyakkan iklan menghala ke firma pengiklanan jaringan yang mempunyai ruang di kebanyakkan laman sesawang, terutamanya portal berita dan laman blog.

Sumber dalam industri juga memberitahu, ruang iklan turut juga dibeli di Youtube Malaysia, salah satu laman paling ramai dilawati dengan dua juta pelawat unik sehari.

Laman perkongsian video dimiliki Google itu juga menyaksikan sejumlah klip video berkait parti politik Malaysia, dengan peningkatan angka produksi pro-BN masuk ke atas talian semenjak beberapa minggu lepas.

Di antaranya menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memeluk seorang lelaki di dalam bilik hotel. Ketua Umum PKR itu telah mangatakan klip video itu sebagai kempen jahat oleh musuh-musuh politiknya dan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pejuang siber Umno yang beliau salahkan.

Terdapat beberapa lagi videoclip Youtube dengan lagu parodi mengutuk DAP, PAS dan PKR daripada Pakatan Rakyat (PR) yang menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dalam Pilihan Raya 2008.

PR jauh lebih aktif di atas talian dan dilihat telah menguasai ruang siber Malaysia dengan pelbagai laman sesawang dan produksi video termasuk beberapa yang mengetengahkan manifesto mereka yang dilancarkan beberapa minggu lepas.

“Terdapat terlalu banyak video klip di luar sana oleh orang-orang pro kerajaan. Kebanyakkan daripadanya mempunyai nilai produksi baik tetapi mesejnya buruk,” kata produser video yang telah ditemui oleh kedua-dua pihak untuk menguruskan kempen politik sedemikian.

“Kamu akan lihat lebih banyak dalam beberapa minggu akan datang,” tambah beliau.

Beliau mengatakan parti pembangkang mempunyai lebih banyak pengalaman menyampaikan mesej dengan bajet rendah dan skrip padat untuk memenangi pengundi muda, yang menjadi demografi kunci daripada 13.3 juta pengundi untuk mengundi dalam Pilihan Raya 2013.

“PR mempunyai kelebihan, sebab itu BN perlu mengeluarkan lebih banyak dan membeli iklan untuk menenggelamkan mereka,” kata produser tersebut.

Tiada ulasan: