Jumaat, 1 Mac 2013

Media Filipina: 10 anggota tentera Sultan Sulu maut

Wartawan Sinar Harian

MANILA - Sepuluh anggota Kesultanan Sulu dilaporkan terbunuh manakala empat lagi cedera dalam perkembangan terbaru di Lahad Datu, lapor media dari Filipina.

Jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani berkata, berdasarkan maklumat Raja Muda Agbimuddin Kiram, yang mengetuai kumpulan penceroboh di Lahad Datu, 10 anggota tentera diraja terbunuh dalam kejadian tembak membabitkan pihak berkuasa Malaysia sekitar 10.15 pagi tadi.

Agbimuddin merupakan adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Tiada ulasan: