Menurut beliau, pengumuman berhubung tarikh tetap pembubaran akan dibuat hari ini atau pagi esok bagi selepas perbincangan berkenaan selesai dijalankan.
Tambah beliau, perbincangan berkenaan akan dijalankan memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.
"Kita akan tetapkan satu tarikh dan pengumuman akan dibuat selepas perbincangan tersebut dijalankan pada hari ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan Bercampur dan Pusat Rehat & Rawat (R&R) Ladang Air Manis, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan