Sabtu, 16 Mac 2013

Majlis Najib di Tanah Merah DiBaham Ribut?

MSO

Majlis Bewah Anak Kelantan Dengan Najib Tun Razak di Tanah Merah semalam ditimpa musibah apabila ribut kencang telah melanda majlis tersebut. Lima buah khemah yang menempatkan orang ramai telah tumbang dan diterbanngkan angin.

Ribuan kerusi bergelempangan dipukul ribut.

50,000 yang hadir seperti mana dilapor dalam protol berita bertempiaran lari menyelamatkan diri. Sehingga ini tidak ada laporan penuh kejadian berkenaan melainkan foto dan juga klik video pendek mengenai kejadian berkenaan yang dimasukkan dalam Face book.

"Bewah Anak Kelantan" bersama Najib itu sempena kunjungan Najib ke empat kawasan parlimen di Kelantan dalam rangka kempen disaat-saat akhir menjelang pilihan raya. Lawatan bermula di kawasan Kuala Krai, diikuti dengan Jeli kemudian ke Kota Bharu.

Liputan majlis berkenaan juga tidak ada di dalam akhbar dan televisyen. Tidak ada juga siaran langsung (telecast) seperti biasa. Sedutan ucapan Najib di Kelantan semalam hanya di Kuala Krai sahaja. Di laporkan majlis di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai dikatakan paling berjaya apabila seramai 40,000 yang hadir.

Majlis Bewah Anak Kelantan dengan Najib di Tanah Merah mulanya paling grand apabila ia disediakan cabutan bertuah untuk para pengunjung yang menghadiahkan sebuah kereta Viva. Beberapa hari sebelum majlis itu 50,000 borang penyertaan cabutan bertuah diedarkan dan habis teredar.

Berdasarkan borang berkenaan yang habis diedarkan anggaran yang hadir di majlis itu 50,000.

Namun disebabkan angin ribut itu menyebabkan cabutan bertuah tidak dapat diadakan semalam ia ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan lagi. Ada juga sumber menyebut hadiah cabutan bertuah itu juga diturunkan dari Viva ke sebuah kereta terpakai? Kenapa pulak?

Mengenai kejadian di Tanah Merah itu ia agak anih. Menurut saksi kejadian ribut itu hanya melanda majlis itu sahaja tetapi tidak kawasan sekitarnya. Di samping ribut ia disusuli dengan hujan. Bagaimana di kawasan luar Tanah Merah keadaan cuaca tidak mengalami apa-apa gangguan.

"Mungkin ia fenomena biasa, tetapi apa yang berlaku semalam agak pelik sedikit," begitulah kata seorang saksi mata yang berada di majlis berkenaan. Menurutnya ribut mulai melanda semasa Najib sedang berucap menyenaraikan tujuh dosa PAS di Kelantan.

"Langit tiba-tiba menjadi gelap di kawasan majlis itu, sebaliknya di kawasan luar terang benderang. Tidak beberapa lama hujan turun diikuti angin ribut," tambahnya lagi yang masih merasai anih dengan kejadian itu.

Kejadian itu itu berlaku kira-kira jam 4:30 minit petang. Gara-gara itu juga majlis tidak berjalan mengikut jadual sepatutnya. Kesan itu satu lagi majlis pecah tanah untuk membina perumahan rakyat di Kota Bharu juga turut ternggedala bila mana Najib lewat tiba disebabkan kejadian itu.

Difaham juga Najib yang patut berlepas ke Kuala Lumpur jam 6:00 lewat lebih satu jam.

Terdahulu dari itu, sesuatu yang tidak sepatutnya telah berlaku di lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu semasa ketibaan Najib jam 10:10 pagi. Para pemimpin Umno, ketua bahagian termasuk Annuar Musa dan lain-lain katanya awal-awal lagi tiba di airport untuk menanti ketibaan Najib.

Permaidani merah sudah dibentang dari pintu keluar balai ketibaan untuk laluan Najib. Malangnya Najib tidak keluar dari bilik ketibaan dan terus menaiki halekopter untuk ke Kuala Krai. Tindakan Najib itu mengecewakan pemimpin Umno yang datang menanti ketibaannya.

"Kita tidak marah kalau diberi tahu awal-awal dia tidak keluar dan terus naik halekopter ke Kuala Krai, tetapi kenapa tidak bagi tahu... royatlah sakit mulut ke." kata dan marah seorang pemimpin yang enggan disebut namanya. Katanya walaupun pemimpin perlu menanti PM sebagai tanda hormat, tetapi bukan caranya dengan perlakukan begitu.

Beliau yang benar-benar marah mengingatkan supaya perkara seperti itu jangan berulang sampai dua kali kerana ia memberi kesan buruk kepada Najib.

Tiada ulasan: