KL TODAY
Kerajaan
sepatutnya melibatkan semua pihak termasuk pembangkang bagi mencari
jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu pencerobohan di Lahad
Datu.Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal berikutan Datuk Seri Najib Razak
menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan sidang khas Parlimen
berhubung tragedi itu.
“Ini
soal keamanan dan kedaulatan negara. Tugas seorang Perdana Menteri
menyeru semua pemimpin untuk sama-sama mempertahan negara,” katanya.
Beliau
berucap demikian depan sekitar 5,000 ahli KEADILAN pada Himpunan
Harapan Rakyat Peringkat Negeri Sabah di Star City Convention Hall,
malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengkritik perbuatan pemimpin Umno BN yang kemudian memutar belit fakta pencerobohan menjadi isu politik untuk menyalahkan pembangkang.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengkritik perbuatan pemimpin Umno BN yang kemudian memutar belit fakta pencerobohan menjadi isu politik untuk menyalahkan pembangkang.
“Bukan
masanya cari kesalahan pihak lawan dalam masa begini tetapi harus tolak
tepi perbezaan politik dan mencapai satu kata putus dalam sidang khas.
“Mana-mana
pemimpin sesebuah negara yang diserang akan sama-sama cari kata putus
terbaik. Malangnya, BN tolak pelawaan kita, kemudian tukar jadi
permainan politik,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan penolakan cadangan sidang khas Parlimen itu sebagai petunjuk hilangnya keyakinan Umno BN untuk menang PRU 13.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan penolakan cadangan sidang khas Parlimen itu sebagai petunjuk hilangnya keyakinan Umno BN untuk menang PRU 13.
Selain
itu, Anwar mengulangi penafian terhadap tohmahan yang cuba
mengaitkannya kepada pencerobohan di Lahad Datu berikutan nyanyian lagu
‘Tanya Sama Najib’.
Beliau
kesal kerana pemimpin Umno BN turut memanipulasi pertemuannya dengan
pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF), Nur Misuari melalui
satu gambar, semata-mata untuk menyebar fitnah.
Secara tegas, Anwar menyifatkan pemimpin Umno BN yang berbuat demikian sebagai pengamal politik fitnah dan kotor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan