Krisis Lahad Datu Sabah
: Krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah semakin panas ketika ini bukan
sahaja di lapangan Lahad Datu dan Semporna tetapi juga di pentas politik
apabila masing-masing terus mempolitikkan isu ini dan tuding emnuding
sesama sendiri sedangkan krisis pencerobohan belum pun menemui jalan
penamatnya. Terbaru…..
Jikalau sebelum ini sudah 2 komando PDRM telah pun terbunuh, terbaru 6 orang lagi anggota PDRM terkorban dalam serangan hendap masing-masing di Lahad Datu dan Semporna. Bagaimana pula agaknya dengan nasib dan keselamatan rakyat Sabah ketika ini?
Manakala dilapangan politik Malaysia,
ada pemimpin UMNO Barisan Nasional mendakwa krisis ini adalah berpunca
daripada Anwar Ibrahim manakala yang Tian Chua pula melalui kenyataan
terbarunya mendakwa krisis Lahad Datu Sabah berpunca daripada UMNO Barisan Nasional dan menganggap krisis pencerobohan ini sebagai sandiwara sahaja. Sampai begitu sekali dakwaannya?
Krisis Lahad Datu Sabah : UMNO Puncanya?
Sumber : Keadilandaily
Sekarang ini anggota keselamatan kita
sedang berperang dengan penceroboh Lahad Datu yang telah “berjaya
mencabul kedaulatan negara”. Harapan kami sebenarnya, dalam urusan dan
krisis Lahad Datu Sabah seperti ini baik Pakatan Rakyat & Barisan
Nasional perlulah bersatu hati tanpa mengira fahaman politik. Ini bukan
masanya untuk memperolehi “political milaage”.
Sumber : KeadilanDaily
Apabila melihat telatah sesetengah
kalangan pemimpin politik yang kita ada sekarang ini disebalik krisis
Lahad Datu Sabah ini, teringat kami dengan satu ungkapan ini :
“Sometimes the military don’t start wars. Politicians start wars”
Krisis Lahad Datu Sabah : Hentikanlah Tuding-Menuding!!
Diharapkan juga perasaan hiba yang
menyelubungi keluarga wira-wira negara kita yang telah terkorban ini
dijaga. Sepatutnya apabila sudah bergelar seorang ahli politik yang
boleh kami katakan sudah agak lama, perlulah berhati-hati ketika
mengeluarkan kenyataan. Tidak perlulah “menyibukkan diri” tampil ke
hadapan sekadar hanya mahu meraih keuntungan politik semata. “Jangan
sesekali cuba menangguk di ayer yang keruh”.
Dan kami sama sekali tidak merasakan
yang krisis Lahad Datu Sabah termasuk insiden tembak menembak di Lahad
Datu dan terbaru di Semporna Sabah adalah berpunca daripada tindakan
& konspirasi terancang UMNO Barisan Nasional untuk menjadikan ia sebagai sandiwara menjelang pilihanraya Umum ke 13.
Kami tidak rasakan begitu UMNo Barisan Nasional sanggup untuk mengemabil risiko terbesar
seperti ini apatah lagi ia membabitkan keselamatan negara dan campur
tangan pihak asing (penceroboh tentera SULU) hanya untuk kepentingan
politik masing-masing. Tidak. Kami tidak fikir begitu sehingga begitu
sekali.
Cuma….apa yang boleh kami katakan setakat ini, ia sebenarnya berpunca daripada satu masalah dan krisis yang telah “bernanah” sejak sekian lamanya…..Apa respon balas anda pula?
P/S : Salam takziah kepada ahli keluarga
mangsa yang telah terkorban. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah
kepada wira-wira negara kita yang telah berjuang habis-habisan untuk
menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita yang sedang cuba dirobek
daripada apa yang berlaku dalam krisis Lahad Datu Sabah ini
PP/S : Harapan kami tidak kira apa warna
parti kita semua sekalipun, sama-samalah kita bersatu. Ini adalah
“Rumah Kita”. Sabah adalah milik rakyat Sabah yang “tulen” dan milik
kita semua, milik rakyat Malaysia untuk sama-sama kita pelihara dan
pertahankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan