Sabtu, 16 Mac 2013

Kerosakkan Akan Lebih Teruk Sekiranya Umno-BN Menang

Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/wahid%20cbg%20tiga.jpgKUALA TERENGGANU - PAS negeri Terengganu sedang menggerakkan seluruh jenteranya dalam 'pecutan terakhir' persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut meminta semua pihak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku dalam negeri dan negara ini, dan menyampaikan maklumat yang betul kepada orang ramai.

"kita sekarang ini menggerakkan seluruh jentera membuat persiapan terakhir bagi mengahadapi pilihanraya, apa yang saya nak peringatkan di semua peringkat  supaya peka dengan apa yang berlaku,

"supaya kita ikut pekembangan....jangankita tak ambil peduli, kita membantu parti kita untuk beri penjelasan yang betul agar orang-orang yang masih belum membuat keputusan, memberi sokongan kepada kita,"ujarnya.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu berkata demikian pada Majlis Penerangan dan Amanat Khas PRU-13 sempena lawatan Presiden PAS ke Kuala Terengganu di Cadang Tiga dekat sini, Rabu 13 Mac.

Beliau menegaskan, pilihanraya umum pada kali ini adalah amat penting bagi menentukan hala tuju negeri dan negara pada masa akan datang.

Oleh itu, beliau memberi amaran, sekiranya rakyat tidak bersama dan memilih PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13, kerosakkan akan lebih teruk dan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno-BN akan lebih berleluasa.

"pilihanraya kali ini 'crucial' amat penting bagi menentukan hala tuju masa depan negeri dan negara kita, inilah ruang yang ada....inilah satu-satunya peluang, kalau kita tidak tidak boleh mempastikan rakyat bersama kita,

"kita bimbang.....kerosakkan demi kerosakkan..........perkara mungkar yang berlaku akan lebih berleluasa pada masa-masa akan datang,"tegasnya.

Tiada ulasan: