Seramai
40 orang kaum India di sekitar Selangor yang tidak memiliki kad
pengenalan hari ini mengadakan perhimpunan "duduk bantah" selama
kira-kira dua jam di dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Klang bagi
menuntut kerakyatan.
Naib Presiden PKR, N Surendran yang mengetuai kumpulan itu berkata, tindakan itu diambil kerana permohonan mereka ditolak secara tidak jelas, dan keadaan itu menimbulkan perbagai masalah, termasuk urusan persekolahan anak-anak.
"Kita duduk bantah di JPN kerana mereka dinafikan hak untuk dapatkan surat beranak dan kad pengenalan termasuk pelajar yang berusia 12 tahun yang tidak pernah ke sekolah kerana menghadapi masalah tidak ada MyKid.
"Ada juga orang tua yang berusia 60 dan 70-an yang lahir di Malaysia, berketurunan India dinafikan haknya untuk dapat kad pengenalan.
"Mereka semua sebelum ini pernah membuat permohonan tetapi JPN beri alasan menolak permohonan itu dengan kata dokumen tidak jelas. Alasan ini tidak boleh diterima," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
PKR sebelum ini juga turut mengadakan perhimpunan sama di JPN Putrajaya. Parti itu mendakwa, seramai 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri atau secara teknikalnya bukan warganegara Malaysia.
Diberikan borang permohonan
Bagaimanapun perkara itu ditolak oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dengan mengatakan dakwaan itu sebagai "pembohongan besar", tiada asas dan bermotifkan politik.
Sementara itu, Surendran berkata, kumpulan dari Banting, Pulau Carey dan Klang itu berarak dari tokong berdekatan ke JPN Klang bersama ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam, peguam PKR Latheefa Koya.
Setelah pertemuan sejam bersama pegawai JPN, mereka diberikan borang permohonan kad pengenalan.
Kita juga sudah serah kesemua borang kepada timbalan pengarah JPN Shah Alam yang datang ke Klang.
"Kami minta supaya proses permohonan ini diproses dengan segera," katanya sambil menambah perhimpunan itu bersurai selepas borang permohonan diserahkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan