Ahad, 24 Mac 2013

Jelajah pra pilihan raya Najib tamat, beri RM100j untuk projek Kuantan

THE MALAYSIAN INSIDER
 
 Najib juga menjanjikan RM3 juta untuk cadangan membina sekolah swasta Cina. - Gambar failKUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak menamatkan jelajah kebangsaan pra pilihan rayanya malam tadi dengan memberikan peruntukkan RM100 juta untuk kerja pembinaan jalan dan tebatan banjir untuk menenangkan penduduk Kuantan yang masih kecewa dengan loji penapisan nadir bumi kontroversi Lynas di sana.

Jelajah Janji Ditepati perdana menteri bertujuan untuk menunjukkan pencapaian pentadbirannya bermula April lalu di Johor dan berakhir malam tadi di negeri kelahirannya. Jelajah kebangsaan itu digunakan untuk menjanjikan dana dan peruntukkan oleh gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).

Najib juga menjanjikan RM3 juta untuk cadangan membina sekolah swasta Cina, Sekolah Menengah Chong Hwa, selain derma RM2 juta sebelum ini – dalam langkah dilihat untuk memenangi hati komuniti Cina di negeri tersebut.

“Apabila kita berjanji, kita selalu tunaikannya,” pengerusi BN memberitahu hadirin di Padang MPK2 di tengah bandar, perhentian terakhir jelajahnya.

Pemimpin BN tempatan bimbang dengan peralihan undi di negeri kelahiran Najib berikutan dengan bantahan terhadap pelombong Australia dan loji penapisan nadir bumi di kawasan industri Gebeng.

Walaupun cabaran undang-undang penduduk sudah berakhir dan Lynas sudah mula menghasilkan produk nadir bumi ditapis di bawah pemerhatian pihak berkuasa, BN bekerja keras untuk mendapatkan kembali sokongan daripada penduduk.

Pemimpin BN tempatan mengatakan kehadiran Najib akan meningkatkan peluang mempertahankan negeri itu dan memastikan gabungan tersebut merampas kembali beberapa kerusi parlimen untuk mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008.

Najib telah bekerja keras untuk program transformasi ekonomi dan sosial bagi mendapatkan semula sokongan bagi BN dan mandat peribadinya selepas mengambil alih jawatan daripada Tun Abdullah Ahmad badawi pada 2009.

Najib mengulangi malam tadi untuk memberi wang tunai secara tahunan di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi isirumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan.
Terdapat dua jenis pemberian tunai diperkenalkan tahun lepas.

Najib juga mengumumkan akan memperuntukkan lebih RM100 juta untuk diagihkan sebagai skim mikro-kredit tahun ini dan tahun hadapan dalam amaun yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2013.

Seperti kawasan bandar lain yang beliau lawati dalam jelajah tersebut, perdana menteri juga melancarkan perumahan mampu milik PR1MA. Di Kuantan beliau mengatakan 20,000 rumah mampu milik akan dibina di kawasan parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota untuk membantu pertumbuhan tegar Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Beliau mengumumkan projek perumahan sama di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dimana Pakatan Rakyat (PR) menggunakan isu harga hartanah untuk menang.

Penggubal undang-undang dari kedua-dua pihak menjangkakan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak, akan dibubarkan minggu hadapan untuk memberi laluan pilihan raya umum pada April.

Najib telah berikrar untuk mengadakan pilihan raya selepas menerangkan pencapaian kerajaannya dan melengkapkan jelajahnya walaupun ramai ahli politik mengatakan pilihan raya perlu diadakan dalam masa lima tahun selepas pilihan raya 8 Mac, 2008.

Perdana menteri menyenaraikan pencapaiannya dalam ucapan “state of union” pada Selasa lalu. Walau bagaimanapun, beliau dijangkakan akan membubarkan parlimen selepas pertunjukkan LIMA 2013 Langkawi pada minggu hadapan.

Tiada ulasan: