Harga minyak RON97 :
Mana-mana yang pernah memiliki kereta yang menggunakan minyak jenis
RON97 selama ini dapat merasakan perbezaan yang ketara antara penggunaan
minyak RON 95 atau RON 97. Semestinya enjin berjalan lebih lancar dan
tidak perlu memaksa bahagian pedal untuk menggerakan kereta. Tetapi,
persoalannya berapa ramai yang mampu menggunakannya?
Terkini, harga minyak RON97 naik sekali lagi bermula hari ini menjelang Pilihanraya Umum ke 13 daripada :
- RM2.70 kepada RM2.90
- Kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen
Dengan pengenalan dasar penentuan harga
minyak RON97 yang diapungkan pada harga pasaran, harga minyak RON97 akan
sentiasa berubah-ubah. Kali terakhir harga minyak RON97 disemak pada 10
Januari 2013 apabila dikurangkan sebanyak 5 sen daripada RM2.75 sen
harga sebelumnya.
Manakala Brunei yang merupakan sebuah
lagi negara yang memiliki simpanan petroleum selain Malaysia menawarkan
kepada rakyatnya harga minyak RON97 pada kadar RON97 – B$0.547 = RM1.33 (SUMBER KLIK SINI)
Mungkin kerajaan ada sebab tersendiri,
mengapa agaknya kerajaan Malaysia mengambil tindakan menaikkan harga
minyak RON97 kali ini. Cuma diharapkan berita kenaikan ini tidak terkena
tempiasnya kepada harga minyak RON95 pula baik sebelum ataupun selepas
Pilihanraya Umum ke 13…Insyaallah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan