Sabtu, 9 Mac 2013

Fitnah II: Siasat peranan Najib, peguam negara – Surendran

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : KEADILAN mendesak siasatan dilakukan ke atas peranan Datuk Seri Najib Razak dan pejabat perdana menteri berhubung konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II.

Naib Presidennya, N Surendran berkata, siasatan juga perlu dilakukan terhadap peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pendakwa menerusi pembabitan mereka dalam kes itu.

Saiful

Beliau merujuk pengakuan bapa Saiful Bukhari Azlan semalam bahawa kes itu merupakan konspirasi politik bagi menjatuhkan dan memenjarakan Anwar.

Azlan dalam sidang medianya turut mengaku  dipergunakan oleh pegawai khas kepada perdana menteri, Khairil Annas Jusoh dan peguam kepada Saiful, Zamri Idrus.

“Pengakuan Azlan Lazim mengejutkan dan melibatkan peringkat tertinggi kerajaan Malaysia dalam satu konspirasi terhadap pemimpin pembangkang,” ujar Surendran.

“Kenyataan beliau membuktikan pendirian Anwar and Pakatan Rakyat bahawa dakwaan liwat II adalah satu konspirasi politik jahat dilakukan oleh Umno BN dengan kerjasama Peguam Negara, untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya,” ujarnya.

Surendran juga menggesa agar tindakan diambil terhadap semua pihak yang terlibat dalam konspirasi itu tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Selain itu beliau turut menggesa mereka yang terbabit memohon maaf secara terbuka kepada Anwar, keluarganya dan rakyat Malaysia. – RM

Tiada ulasan: