Skuad BO
Menurut Ahli Jawatankuasa PAS DUN Pengkalan Berangan, Badaruddin Ismail, keempat-empat pemuda tersebut Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, dibebaskan pada jam 5 petang dari lokap polis Ibu Pejabat Polis daerah Marang, Khamis28 Februari.
Beliau berkata, pihak polis memaklumkan, mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana tidak ada sabitan kes.
"keempat pemuda PAS yang berani itu, telah dibebaskan pada jam 5 petang......saya dimaklumkan oleh IO (pegawai penyiassat) kes tersebut, Inspektor Wan Afzan Wan mukhtar tidak ada sabitan kes, (dan mereka) di bebaskan dengan ikat jamin polis,"ujarnya.
[Gambar atas - Rosdi Abdullah mengangkat tangan tanda bebas...... Gambar bawah - Badaruddin (berkaca mata, tengah) bersama keempat-emat pemuda dan rakan-rakan seperjuangan dari Kampung Jerung Seberang, di depan IPD Marang]
Katanya, empat pemuda tersebut yang ditahan pada 25 Februari lalu ekoran tindakan berani mereka bertemu dengan ketua penaja umno cawangan Bukit Cempedak yang baru ditubuhkan untuk meminta supaya satu kain rentang yang memfitnah PAS diturunkan.
Beliau menambah, kain rentang 'provokasi' itu telah mensabitkan sesiapa yang mengundi PAS adalah menyokong kalimah Allah digunakan dalam Bible bahasa Melayu.
Pembebasan pemuda terbabit, kata beliau, merupakan satu penjelasan kepada 'fitnah' yang telah dilaporkan oleh media berdasarkan laporan ketua penaja cawangan umno itu
"Ini bukti laporan akhbar tidak tepat, berdasarkan laporan 'fitnah' semata-mata dan juga bukti jelas pemasangan kain rentang yang tidak bermoral dan penuh fitnah itu telah mencetus situasi yang tidak aman dalam masyrakat,"tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan