Isnin, 11 Mac 2013

Editor, wartawan Keadilan Daily beri keterangan kepada polis

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA : Editor dan wartawan Keadilan Daily, hari ini memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan kes melibatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yang diputar belit media arus perdana dan blogger tertentu, baru-baru ini.

Fazallah Pit dan Aisha Geoffrey berbuat demikian mengikut Seksyen 112 Kanun Keseksaan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Petaling Jaya secara berasingan selama lebih 30 minit, sejak jam 2.50 petang.

KD
Kedua-dua pegawai polis dari Johor itu datang ke Kuala Lumpur sejak semalam bagi merakam kenyataan Fazallah dan Aisha yang turut diiringi Eric Poulsen dari Lawyers For Liberty (LFL).

Kebanyakan soalan tertumpu kepada proses pemberitaan berkaitan kenyataan Tian Chua  melibatkan kejadian di Lahad Datu bertarikh 1 Mac lalu yang dimuat naik dalam Keadilan Daily sebelum laporan itu kemudian dimanipulasi pihak berkepentingan.

Mengikut pegawai polis yang merakam keterangan mereka, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Keadilan Daily adalah akhbar dalam talian kepada versi cetak, Suara Keadilan.
(FZL)

Tiada ulasan: