Sabtu, 16 Mac 2013

Dewan DiJangka Bubar Antara 18 hingga 21 Mac - Dato' Mustafa Ali

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/dato%27%20pa.pngKUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata, kerajaan tidak akan mengambil risiko menangguhkan pilihanraya disebabkan oleh peristiwa Lahad Datu, walau pun pernah mengisytiharkan 'darurat' di Kelantan pada tahun 1977.

Menurut analisis politik, katanya, penangguhan pilihanraya akan memberikan kesan yang lebih teruk kepada Umno-BN, walaupun peristiwa Lahad Datu yang 'mengorbankan nyawa' manusia adalah lebih besar daripada 'peristiwa membakar tayar' di negeri Kelantan.

Oleh itu, spekulasi beliau, parlimen akan dibubarkan antara 18 hingga 21 Mac dan pilihanraya umum kali ke-13 akan diadakan pada penghujung April depan.

"cukup istilah lima tahun bukan bermula hari pilihanraya, tapi tarikh bermula sidang dewan parlimen (pada) 28 April, tetapi negeri Johor pada 21 Mac ini, kalau tak dibubarkan, (ia) akan bubar sendirinya, (tapi) malu sangatlah kalau bubar sendiri (kerana) ia tak pernah berlaku,

"oleh kerana dia kata nak buat pilihanraya sekaligus sebab itu pada hemat saya sebelum 21 Mac dia kena bubar dewan, jadi spekulasi saya dewan akan dibubarkan http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/IMG_4296.jpgantara 18 Mac hingga 21 Mac,"ujarnya. [Lihat Video]
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus yang diadakan di Kuala Ibai dekat sini, semalam pada Jumaat 15 Mac.

Turut sama dalam Majlis makan malam tersebut adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Dato' Ustaz harun taib, Setiausahanya Dr Khairuddin Aman Razali dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin.

Tiada ulasan: