Isnin, 4 Mac 2013

Dalam Membangunkan Pendidikan Pun, Ada Halal dan Haramnya!

 Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Himpunan%20Pendidik%20Gelong%20Bilal.jpgKUALA TERENGGANU - Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Islam merupakan agama yang meninggikan pendidikan kerana setiap penganutnya diwajibkan untuk mencari dan menuntut ilmu.

Beliau mendakwa, cetusan pendidikan Islam sebenarnya di negara ini telah dimulakan di negeri Terengganu kira-kira 35 tahun yang lalu.

“ketika itu, masih ramai lagi daripada masyarakat kita yang mengamalkan amalan lama seperti tidak menutup aurat dengan sempurna.........kita memulakan (menubuhkan) Institut Berakan (Ma'ahad al-Ikhwan), bagi menerapkan pendidikan Islam kepada masyarakat”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Himpunan Kebangkitan Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di perkarangan surau Flet Gelong Bilal disini, pada Ahad  3 Mac.

Menurutnya, Himpunan tersebut adalah untuk mencapai objektif  membersihkan pendidikan Negara daripada anasir yang merosakkan, yang telah dilaksanakan oleh pemerintah sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu berkata, usaha membangunkan Institut Berakan pada tahun 1977 merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh PAS untuk memberikan pendidikan Islam kepada rakyat khususnya rakyat Terengganu.

Walaupun sekolah-sekolah agama anjuran  kerajaan telah wujud, namun penerapan syariat yang sebenar tidak berlaku di sekolah kerajaan.

"Oleh yang demikian, PAS telah memulakan pendidikan yang mengutarakan pendidikan islam yang sebenar. Sedikit demi sedikit masyarakat memulakan kehidupan yang mengikut Islam,

"Ma'ahad Darul Quran, Rusila, merupakan sekolah yang pertama yang memulakan pemakaian seluar panjang. Pada masa itu, sekolah lain masih menguna pakai peraturan lama iaitu pelajar lelaki memakai seluar pendek.”jelasnya.

Namun begitu, beliau berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak senang dengan hasrat murni Institut Berakan, telah mengarahkan pusat pendidikan itu ditutup serta kemudiannya dirobohkan.

Bahkan, katanya, segala kemudahan pembelajaran dan peralatan sekolah serta pelajar seperti kerusi dan meja, telah di musnahkan dan sisanya telah di buang di Chendering, Kuala Terengganu

Mengulas isu pendidikan semasa, beliau berkata, penubuhan sekolah untuk gadis-gadis yang hamil secara tidak sah adalah usaha yang tidak menepati syariat Islam.

Walaupun ia adalah satu usaha menangani gejala sosial, namun katanya, masalah yang dihadapi oleh manusia mestilah diselesaikan menurut kehendak Allah dengan melaksanakan segala hukum-hukumNya.

“Kerajaan (umno-BN) telah melaksanakan Sekolah bagi pelajar-pelajar yang mengandung (secara tidak sah, zina), seharusnya gejala sosial harus ditangani dengan melaksakan hukum Allah.

"Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius untuk menangani gejala sosial yang ada, kerana (melaksanakan) hukum Allah itu bertujuan untuk mencegah,”kata beliau.

Oleh itu, katanya, pendidikan itu juga ada hukum halal dan haramnya sebagaimana makanan dan minuman yang wajib dimakan dan diminum supaya manusia dapat meneruskan kehidupan, tetapi sekiranya makan sehingga menyebabkan seseorang itu muntah, maka makan tersebut menjadi haram.

Justeru, belau menegaskan, sekiranya matlamat membangunkan pendidikan itu tidak kena pada tempatnya, ianya menjadi haram disisi agama Islam.

Buktinya, kata beliau, masalah sosial yang berlaku pada masa kini semakin teruk, terutama di negeri Terengganu, yang melibatkan bukan sahaja golongan dewasa, malah jenayah juvana bermula daripada kanak-kanak berusia 10 tahun.

Tiada ulasan: