Sabtu, 16 Mac 2013

Cecil Abraham draf pengakuan bersumpah kedua ‘PI Bala’, kata Americk

Oleh Boo Su-Lyn

 Saudara P. Balasubramaniam menjalankan upacara tradisi sebelum pembakaran mayat. — Gambar The Malaysian InsiderKUALA LUMPUR, — Peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham yang mendrafkan pengakuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian P. Balasubramaniam melibatkan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, kata peguam Americk Singh Sidhu.

Americk yang merupakan peguam Balasubramaniam, juga menambah usul SD kedua Balasubramaniam pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-67 hari ini telah digugurkan, memandangkan pencadang berpuas hati dengan langkah diambil Majlis Peguam untuk menangani isu tersebut.

"Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya bahawa telah mendrafkan pengakuan bersumpah kedua," kata Americk kepada wartawan yang ditemui selepas AGM Majlis Peguam hari ini.

"Saya tidak berminat untuk buat aduan dengan lembaga disiplin peguambela dan peguamcara. Itu bukan agenda saya. Agenda saya ialah mencari siapa yang mengarahkan beliau melakukannya," tambah Americk.

Balasubramaniam ataupun dikenali "PI Bala" menuduh beberapa personaliti pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dalam pembunuhan Altantunya dalam SD pertamanya pada tahun 2008, dua tahun selepas pembunuhan kejam.

Tiada ulasan: