Isnin, 25 Mac 2013

BN tak mahu beri permit teksi individu takut kroni hilang untung

Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak mahu beri permit teksi kepada individu kerana takut keuntungan yang dikaut daripada syarikat teksi kebanyakannya dimiliki kroni Umno dihapus, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh melaksanakan pemberian permit teksi secara terus.

“Kenyataan ini buktikan Umno BN memang tak mahu laksanakan pemberian permit teksi kepada pemandu.
teksi lagi
“Mereka takut akan merugikan syarikat-syarikat kroni. Selama ini mereka (syarikat kroni) untung berkali ganda. Tapi yang makin susah adalah pemandu teksi,” katanya ketika dihubungi.

Perkara ini kata Azan berbeza dengan Pakatan Rakyat yang komited untuk menghapuskan sistem permit kepada syarikat sebaliknya memberi terus kepada pemandu.
“Kita (Pakatan) mahu jadikan pemandu teksi sebagai profesion seperti m
enguruskan satu perniagaan.
“Dengan permit ini, pemandu tersebut adalah pemilik teksi, bukannya dimiliki syarikat yang mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain.

“Saya yakin pasti banyak perubahan berlaku dua tiga tahun kita tadbir negara,” ujar Pengerusi KEADILAN Terengganu itu.

Tambahnya, penubuhan SPAD tidak membantu pemandu teksi, malah cuba merumitkan mereka dengan pelbagai masalah.

“Bukti jelas wujudnya SPAD untuk merumitkan pemandu teksi. Langsung tiada hasrat untuk membantu profesion itu supaya lebih baik,” kata Azan.

Dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Februari lalu mengulangi jaminan untuk menghapuskan sistem permit teksi yang diberikan kepada syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan dari keringat pemandu teksi.

Selain itu, Pakatan turut menawarkan skim bantuan kepada usahawan teksi seperti skim perlindungan takaful, skim latihan keusahawanan, galakan penubuhan koperasi dan skimpembiayaan teksi baru. – NS

Tiada ulasan: