Blogger lucah siapa lagi kalau bukan blogger Papagomo. Antara blogger yang berada di barisan paling hadapan
menyebarkan video seks dengan China Doll dan juga video terbaru
melibatkan lelaki gay yang didakwa pelakunya adalah Ketua Pembangkang
Malaysia, Anwar Ibrahim.
Blogger lucah, blog Papagomo sedang
sarat menerima juga kes saman masing-masing daripada Husam Musa (saman
RM10 juta) & Anwar Ibrahim (saman RM100 juta). Ada lagi yang kami
tertinggal?
Gambar dari blog Papagomo
Malangnya apabila dipanggil hadir ke
mahkamah baru-baru melibatkan saman Husam Musam terhadap blogger
Papagomo (memanipulasikan gambar di atas sehingga memberikan gambaran
Husam Musa sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina), wajah
empunya badan masih muncul di mahkamah.
- Defendan atau nama sebenar : Wan Muhammad Azri Wan Deris
- Alamat : di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur
- Antara tulisan Blogger Papagomo VS Husam Musa : “Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”
Ini antara apa yang berlaku di kandang
mahkamah dalam perbicaraan baru-baru melibatkan kes saman Husam Musa VS
blogger Papagomo :
- Hakim bicara tegur peguam Papagomo : Pastikn anak guam kamu hadir semasa perbicaraan!
- Husam beri keterangan dedahkan identiti Papagomo @ Wan Azri bersumberkan blog UMNO dan juga isteri Papagomo Bellina Omar Sharifuddin Chin!
- Sekalipun peguam Papagomo bantah keterangan Husam yang quote Bellina, isteri Papagomo sebagai hearsay, hakim benar Husam teruskan!
Sumber : Utusan Malaysia
Sedangkan Saiful Bukhari yang kelihatan
“lemah-longlai” itu masih tetap berani & tiada masalah menampilkan
dirinya ketika berlangsungnya kes perbicaraan kes liwat sebelum ini.
Inikan pula blogger Papagomo yang kami lihat seorang individu yang
kelihatan lebih gagah, dan nampak berani ditambah dengan misai
melentingnya. Tetapi kemaskini blog, boleh pula seperti biasa?
Yang peliknya untuk kes seperti
ini, SKMM seperti kelihatan hilang “taringnya” untuk mengesan pemilik
blogger Papagomo. Sangat-sangat berbeza langkah dan tindakan SKMM untuk
kes kali ini. Laporan polis telah banyak kali telah dibuat terhadap
blogger Papagomo ini, tetapi hasil dan tindakannya? Seperti macam
dibakulsampahkan…
Blogger Papagomo Polis Trafik & Makan Rasuah?
Hakikatnya, mahkamah terpaksa digunakan untuk mengenalpasti identiti Papagomo. Pelik…..Mana SKMM, mana pihak polis? Blogger Papagomo ini bukan sebarangan punya blogger. Ini
kerana blogger Papagomo mendapat jemputan untuk naik kapal selam
Scorpene. Hebat bukan? Bukan sebarangan boleh naik tanpa “security
clearance”.
Sumber : Sinar Harian
Nasihat kami kepada blogger Papagomo,
berpeganglah dengan ungkapan “berani kerana benar”. Atas nama
undang-undang dunia, datanglah dan pertahankanlah segala dakwaan yang
telah anda karang di blog anda dengan yakin sekali berserta fakta-fakta
yang anda miliki. Buktikan anda di pihak yang benar. Baik dakwaan anda terhadap Husam Musa ataupun kepada Anwar Ibrahim (SEPERTI DI SINI).
Di mahkamah inilah, medan terbaik untuk
anda (blogger Papagomo) pertahankan pendirian & dakwaan anda demi
agama, bangsa dan negara. Buktikan kepada pembaca blog anda dan rakyat
Malaysia yang anda bukan sekadar berani di laman maya semata…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan