Selasa, 26 Mac 2013

Bapa Saiful teruskan jelajah pendedahan konspirasi Fitnah II

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Siri pendedahan konspirasi Fitnah II oleh bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim ke seluruh negara bertujuan membongkar kepada rakyat betapa terdesaknya Umno BN memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal berkuasa.

Dalam siri pertamanya di Kedah dan Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lepas, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, sambutan rakyat pada ceramah jelajah itu sangat menggalakkan.

Azlan

“Contohnya di Taman Semarak, Sungai Petani pada Ahad, kehadiran dianggar mencecah ribuan rakyat.

“Sambutan menggalakkan ini menunjukkan rakyat yakin kes membabitkan Saiful itu hanyalah konspirasi politik fitnah semata-mata,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.

Johari berkata, dalam ceramah itu, Azlan berulang kali menyatakan keyakinan kes Fitnah II hanya konspirasi untuk mencemar imej Ketua Umum KEADILAN.

“Dia (Azlan) yakin bahawa Fitnah II adalah konspirasi politik yang dirancang selepas beliau menyiasat dan mengumpul maklumat berkaitan isu tersebut ketika perbicaraan termasuk beberapa buku yang menulis mengenai kes tersebut,” kata Johari.

Menurut Johari, Azlan turut mempersoal mengapa polis tidak mengambil keterangan beliau, sedangkan dia bersama anaknya, Saiful Bukhari tinggal serumah.

“Beliau (Azlan) juga curiga apabila mahkamah tidak memanggilnya sebagai saksi, seolah-olah peranannya sebagai bapa diketepikan begitu sahaja,” katanya.

Menurut Johari, siri jelajah ini akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat untuk pastikan rakyat tidak lagi tertipu dengan fitnah politik Umno BN. – NS

Tiada ulasan: