Jumlah mangsa di Perak dan Terengganu kekal 137 orang.
Menurut portal rasmi banjir Majlis Keselamatan Negara sehingga 9 pagi, di Kelantan, 50 buah keluarga dari Kampung Simpangan masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur 2, Tumpat.
Kesemua mereka dijangka dibenarkan pulang selewat-lewatnya petang ini jika keadaan banjir di kampung itu semakin baik.
Sementara itu, semua sungai utama di Kelantan berada pada paras biasa dan keadaan cuaca pagi ini adalah cerah.
Di Perak, 111 orang masih ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu seramai 12 orang di Dewan Orang Ramai Padang Serai Dalam, Larut Matang dan 99 orang di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Manjung.
Di Terengganu, 26 orang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Surau Kampung Nyatoh, Setiu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan