Khamis, 7 Mac 2013

Anak-anak Syarikat 'diManipulasi' Untuk Dana Politik Pilihanraya Umno-BN

 Skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/Haji%20Zul1.pngKEMAMAN - Umno dan Barisan Nasional (BN) telah memanupulasi anak-anak syarikat kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC- Government Link Company) bagi tujuan mengumpul dana politik mengongkosi perbelanjaan pilihanaraya parti tersebut.

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman Haji Zulkili Md Yakim, mengesahkan satu surat layang telah beredar dikalangan penduduk Kemaman berhubung perkara tersebut memfokuskan urusniaga syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dan subsidiarinya Kemaman Supply Base (KSB).

"(surat layang) yang tertumpu kepada (aktiviti) EPIC dan KSB yang diberi (kuasa) oleh ahli-ahli politik........samada peluang perniagaan atau (dan) lain-lain......... bagaimana dia (ahli politik Umno) guna anak-anak syarikat ini untuk mendapatkan dana-dana untuk pilihanraya ini,"jelasnya.

Menurutnya, ada beberapa syarikat yang telah diambil alih oleh pemimpin Umno Bahagian Kemaman antaranya adalah syarikat Kemaman Feeder Services Sdn Bhd.

"bab itu kita tengok (lihat) ada beberapa buah syarikat yang diambil alih......salah satunya syarikat Kemaman Feeder Services........yang mana yang mengambil alihnya (syarikat) ini adalah orang politik juga,

"yang saya boleh sebut di sini......orang yang penting juga dalam Umno Bahagian Kemaman (iaitu) Bendahari Umno Bahagian Kemaman dan kuncu-kuncunya,"katanya.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Motivasi dan Penerangan Pilihanraya yang diadakan di Kampung Mak Chili, Chukai disini pada Selasa malam 5 Mac. [Lihat Video]
Menurutnya, bagaimana halatuju syarikat-yarikat ini dan manupulasi yang berlaku adalah dibawah petunjuk dan pengaturan Menteri Besar Terengganu yang juga Ketua Bahagian Umno Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said.

Oleh kerana itu, kata beliau, banyak peluang-peluang perniagaan kepada kontraktor-kontraktor Melayu dan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Kemaman terjejas kerana urusniaga yang dibolot oleh kelompok Umno yang menguasai syarikat-syarikat terbabit.

"Banyak peluang-peluang pekerjaan atau peluang-peluang perniagaan kepada kontraktor Melayu terjejaslah.............disebabkan oleh segelintir kroni-kroni ini sahaja yang menguasai anak-anak syarikat-syarikat kerajaan negeri......lebih-lebih lagi dalam KSB,"katanya lagi.

Beliau berkata, pendedahan beberapa perkara lagi berhubung 'manupulasi' GLC's  akan dibuat pada masa terdekat apabila tiba masa yang sesuai.

Tiada ulasan: