Isnin, 25 Mac 2013

26 Mei Tarikh Terakhir Pilihan Raya Serentak

 Editor BULTIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/tarikh%20dun%20terbubar%20sendiri1.jpgBUKIT TINGGI - Tarikh 26 Mei ini adalah tarikh terakhir pilihan raya parlimen dan negeri boleh diadakan secara serentak, kerana tarikh penamat tempoh perkhidmatan Dewan Undangan Negeri bagi Negri Sembilan jatuh pada 26 Mac ini,

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, tempoh lima tahun parlimen Malaysia berakhir pada 27 April ini, tempoh perkhidmatan beberapa DUN negeri akan berakhir lebih awal, dengan tempoh DUN Negeri Sembilan yang pertama tamat pada 26 Mac ini.

Lantas, pilihan raya bagi DUN Negeri Sembilan harus diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh tersebut, kata Tan Sri Abdul Aziz.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/tarikh%20dun%20terbubar%20sendiri2.jpg"Kami sedang mencuba seberapa daya mengadakan pilihan raya secara serentak dalam semua negeri bersama pilihan raya parlimen, yang bermakna bahawa saya mempunyai masa sehingga 26 Mei ini bagi mengadakan pilihan raya serentak kerana (tempoh) Negri Sembilan akan berakhir ketika itu.

"Tidak ada dewan undangan negeri yang boleh dilanjutkan melepasi lima tahun," jelas Tan Sri Abdul Aziz selepas memberi taklimat kepada para pegawai pilihan raya Wilayah Persekutuan di sebuah resort, di sini.

Tan Sri Abdul Aziz menyuarakan keyakinan beliau bahawa kerajaan-kerajaan di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah mahu membubarkan DUN masing-masing pada tarikh yang sama dengan Dewan Rakyat.

"Satu-satunya negeri yang kami tidak pasti adalah Selangor tetapi ia tidak menjadi hal kerana, walaupun mereka memutuskan membubarkan parlimen, kami masih mempunyai ruang untuk mengadakan pilihan raya secara serentak'', kata Tan Sri Abdul Aziz lagi.

Beliau menambah bahawa, jika DUN Negri Sembilan dibenarkan menjalankan tugas sehingga tmpoh sepenuhnya, esok, negeri berkenaan akan ditadbir sebuah kerajaan sementara.

Speaker, Menteri Besar dan ahli exco Negeri Sembilan boleh meneruskan pentadbiran negeri itu dan menjalankan dasar-dasarnya seperti ditetapkan oleh kerajaan negeri, tetapi tidak boleh menghasilkan dasar-dasar dan belanjawan baru. - Sumber The Star Online

Tiada ulasan: