KEADILAN DAILY
Saya
ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara,
Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang
terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.
Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.
Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?
Isu keselamatan negara tak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.
Datuk seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan