Sabtu, 2 Mac 2013

1000 Warga Perantau Dijangka Sertai HAT13

 Editor BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/HAT13%20diskusi.jpgKUALA LUMPUR - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan hadir dan memberikan ucapan perasmian pada penutup  Himpunan Anak Terengganu DiPerantauan 2013 (HAT13) diadakan pada hari Ahad, 3hb Mac, 2013 di Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam bermula jam 8.30 pagi

Menurut Setiausaha HAT13,  Zulhimi Abd Rahman atTakiri, program yang bermula dengan minum pagi bersama warga Perantau  itu akan turut memincangkan dua kertas kerja.

"sebanyak dua kertas bertajuk  Harapan Orang Terengganu (HOT) PRU ke-13 (HOT13) dan Cadangan Terengganu Negeri Maju (TerMAJU) disediakan untuk dibincangkan dalam sidang HAT13 kali ini,

"makala satu diskusi bertemakan Terengganu Maju: Harapan, Realiti dan Cabaran  akan dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari UKM akan dibarisi oleh empat Ahli panel, iaitu Dato' Ismail Hamzah, Raja Idris Raja Kamaruddin, Dato Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad dan seorang  wanita, Hajjah Mastura Mohamad,”katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Buletinonline.

Beliau berkata, sambutan amat menggalakkan dan Perantau menganggarkan HAT13 akan dihadiri oleh lebih 1,000 orang warga Perantau terutamanya di Lembah Kelang dan kawasan sekitarnya.

Katanya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik, korporat dan pemimpin-pemimpin serta mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk hadir bersama-sama meriahkan HAT13 kali ini yang dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail.

Tiada ulasan: