KL TODAY
Penghuni
berek tentera sebuah kem di Jalan Lapangan Terbang Miri, di sini,
gempar apabila seorang rakan mereka yang tidak kelihatan sejak pulang
dari kerja petang Selasa lalu, ditemui mati tergantung di siling
biliknya, kelmarin.
Mayat Lans Koperal, Mohd Farizzul Amir, 27, dari
Pahang, itu ditemui kira-kira jam 4.30 petang selepas beberapa rakan
rapat menyedari kelibatnya tidak kelihatan sejak selesai bertugas
petang Selasa lalu.
Sumber
polis berkata, beberapa rakan yang curiga bertindak memecahkan pintu
bilik Mohd Farrizul selepas mendapati ia berkunci dari dalam sebaik
pulang dari tempat kerja.
Katanya,
selepas beberapa ketika memanggil nama dan mengetuk pintu biliknya,
tetapi tidak disahut, penghuni berek kemudian memecahkan pintu kerana
mengesyaki sesuatu tidak kena dalam kejadian, kira-kira jam 4.30 petang
itu.
Difahamkan, sebelum kejadian, Mohd Farizzul tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau menceritakan masalah kepada rakan sekerja yang lain, malah sempat berborak dengan rakan sebiliknya pada malam sebelumnya.
Malah, anggota tentera yang masih bujang serta menyertai pasukan sejak lapan tahun lalu itu dikatakan seorang anggota berdisiplin dan mempunyai hubungan baik dengan rakan setugasnya.
“Kebiasaannya,
mangsa sering bersembang dengan rakan sekerja lain apabila selesai
tugas, namun berbeza dengan petang kelmarin (Selasa) apabila dia terus
masuk dan berkurung di dalam biliknya sehingga mencetuskan tanda tanya
penghuni lain.
“Kecurigaan itu hanya terjawab apabila pintu bilik berjaya dibuka dan dia ditemui mati tergantung di siling bilik menggunakan seutas tali nilon di tepi katilnya,” katanya.
Sementara
itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Sapian Salihin
ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke
Hospital Miri untuk bedah siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan