Bakal
suami kepada pelakon Anne Ngasri iaitu Mohd Sumali Reduan menganggap
perkahwinan kedua mereka yang bakal berlangsung pada Disember depan
adalah satu titik kebahagiaan selepas kedua-duanya pernah mengalami
kegagalan rumah tangga.
Sumali,
40, yang juga Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno berkata,
menerusi perkahwinan itu nanti mereka dapat memperbaiki kesilapan yang
pernah dilakukan pada perkahwinan pertama masing-masing supaya dapat
membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.
“Kami
berdua sangat serius dengan hubungan ini kerana ingin mencari
kebahagiaan dan berharap dengan pengalaman lalu dapat mengajar kami
untuk membentuk sebuah keluarga bahagia.
“Kami saling melengkapi dan pertemuan setahun lalu telah ditentukan dan saya yakin dia adalah pilihan terbaik,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.
Anne atau
nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 28, dan Sumali telah bertunang di
kediaman keluarga Anne di Jalan Ipoh, dekat sini pada 11 November lalu.
Majlis tersebut dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Pasangan itu menetapkan tarikh 22 Disember depan dan bersepakat untuk bernikah di rumah keluarga lelaki di Pontian, Johor.
Sumali yang telah bercerai pada tahun 2010 mempunyai seorang anak lelaki, Suffian Hakim yang berusia tujuh tahun.
Dalam pada itu, ditanya mengenai keistimewaan Anne, Sumali berkata, persamaan dan keserasian mereka berdua telah membuatkan beliau berasa selesa dan yakin bakal isterinya itu dapat membahagiakannya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai keistimewaan Anne, Sumali berkata, persamaan dan keserasian mereka berdua telah membuatkan beliau berasa selesa dan yakin bakal isterinya itu dapat membahagiakannya.
Sumali
memberitahu, ketabahan dan tanggungjawab wanita itu dalam membesarkan
tiga anaknya iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah
Afrozah, 2, turut membuatkan dia yakin Anne adalah pilihan tepat
sebagai calon isteri.
“Saya
yakin Anne boleh menyayangi anak tunggal saya seperti mana dia
menyayangi tiga anaknya dan saya sangat terharu melihat kesungguhan dan
sikap tanggungjawabnya dalam membesarkan anak-anaknya,” katanya.
Malah kata
Sumali, dia sudah bersedia untuk bergelar suami kepada seorang pelakon
terkenal dan menganggap permainan dunia hiburan itu dapat dilaluinya
dengan baik selepas ini.
“Bukan
orang politik dan artis sahaja akan ditimpa masalah malah orang biasa
pun akan melaluinya. Bagi saya itu bukan persoalan besar kerana pernah
melalui pelbagai rintangan dalam hidup dan apa yang penting masyarakat
mendoakan yang baik-baik untuk Anne dan saya,” ujarnya.
Sementara
itu, Anne ketika dihubungi berkata, perkahwinan kali kedua ini bukan
kerana terdesak namun percaya dengan ketentuan yang telah ditetapkan
oleh Tuhan.
Malah kata
Anne, dia tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan Sumali dan
mengharapkan semua pihak mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
“Kalau
saya terdesak sejak bercerai kali pertama dulu saya boleh kahwin tetapi
ini soal jodoh dan saya menerima dengan hati terbuka.
“Saya mohon semua pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami selepas ini,” jelasnya.
Anne memberitahu, dia kini sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya yang akan dibuat secara sederhana tetapi meriah.
Anne
disahkan bercerai dengan Abdul Wafi Hassan oleh Mahkamah Rendah Syariah
Kuala Lumpur dekat sini pada 25 Jun 2010. Mereka berkahwin pada 26
Mei 2006.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan