Rabu, 21 November 2012

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (Bajet) Pada 10 Hingga 13 Disember Depan

 Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/dralias.jpgKUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Braisan Nasional (BN) Terengganu digesa menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat, baik dari wakil-wakil keraajan mahu pun dari pihak pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata, dalam beberapa Persidangan Dewan Undangan Negeri (sidang DUN) sebelum ini, kerajaan gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan 'rakyat'.

"samada menolak dengan sengaja atau tidak, sepatutnya kerajaan perlu meenjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan telus tanpa prejudis,

"dalam sidang DUN yanglalu, bukan sahaja soalan dari wakil pembangkang, malah soalan yang agak 'sensitif' dari wakil-wakil kerajaan turut ditolak,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghantar soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam Isnin, 19 November.

Menurutnya, sidang DUN kali ini yang juga sidang DUN bajet 2013 bagi negeri Terengganu akan bermula pada 10 Disember dan berlangsung selama empat hari sehingga 13 Disember.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu berkata, sekurang-kurangnya 60 soalan Lisan dan 24 soalan bertulis yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat dari PAS.

Katanya, kerajaan perlu menjelaskan perkara-perkara penting yang menjadi program kerajaan bagi membuktikan bahawa di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said sejak 2008 ia adalah sebuah kerajaan 'yang layak'.

Sekiranya gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, rakyat perlu menilai prestasi kerajaan yang telah membelanjakan hampir RM10 bilion wang rakyat Terengganu.

"hampir RM10 bilion telah dibelanjakan sejak 2008 dengan bajet RM2 bilion setiap tahun, apakah kerajaan Umno-BN aalah sebuah kerajaan yang 'layak', atau perlu ditolak pada pilihanraya akan datang,

"rakyat perlu menilai prestasi kerajaan berdasarkan jawapan rasmi pada sidang DUN, bukan kenyataan media melalui akhbar,"tegasnya.

Tiada ulasan: