Jumaat, 16 November 2012

Sadasivan dilantik Pengerusi JK bebas projek kondo Batu Caves.

Manakala Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JBPD) Negeri Selangor, Norasiah Bee dilantik sebagai Setiausaha.



PETALING JAYA: Kerajaan Selangor melantik Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk N Sadasivan sebagai Pengerusi jawatankuasa bebas bagi mengkaji kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves.

Manakala Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JBPD) Negeri Selangor,   Norasiah Bee dilantik sebagai Setiausaha di mana JBPD adalah sekretariat yang akan membantu jawatankuasa bebas ini bergerak lancar.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan demikian selepas mesyuarat Exco di Shah Alam hari ini.

Sadasivan  berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta pengurusan, pernah memegang  pengarah di beberapa syarikat swasta  dan dua institusi kewangan kerajaan iaitu Bank Negara dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad serta pernah dilantik ke Lembaga Pengarah Petronas.

Beliau akan dibantu beberapa anggota jawatankuasa lain yang akan diumumkan dari semasa ke semasa melibatkan golongan profesional dan bebas untuk membantu kerajaan negeri dengan syor-syor bagi menangani isu ini.

“Saya akan bertemu dengan Sadasivam serta ahli-ahli yang lain dalam minggu ini untuk menyampaikan hasrat kerajaan dalam penubuhan jawatankuasa bebas ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media selepas mesyuarat Exco.

Antara skop jawatankuasa tersebut adalah untuk mengkaji semula semua projek pembangunan yang telah dibuat dan dirancang di Batu Caves dan mengambil kira setiap aspek termasuk kebajikan rakyat, kepentingan masyarakat Hindu, keselamatan alam sekitar dan undang-undang yang sedia ada.

Kerajaan Negeri berpendapat penelitian jawatankuasa ini akan memberi manfaat dan tambah nilai kepada usaha untuk menjadikan Batu Caves sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco.

Abdul Khalid juga mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mahu membatalkan pembinaan kondominium ini sekiranya Barisan Nasional kembali mentadbir negeri Selangor.

`Kenyataan raih populariti’

.


“Tindakan tidak profesional Perdana Menteri ini memberi kesan negatif kepada integriti dan pentadbiran yang baik kerana sebarang pembatalan projek perlu dilakukan mengikut prosedur.

Rakyat Selangor harus menimbang dengan teliti “janji” Perdana Menteri memandangkan bahawa kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Barisan Nasional dahulu yang  meluluskan projek tersebut,” kata Abdul Khalid.

Bagaimanapun, kata Menteri Besar sikap Najib ini telah memberi motivasi kepada kerajaan Selangor untuk mentadbir secara lebih profesional, telus dan bertanggungjawab berbanding Barisan Nasional yang tidak konsisten dalam membuat keputusan.Katanya, kerajaan negerii komited untuk memperbetulkan semula kecuaian dan kesilapan yang telah dilakukan oleh pentadbiran BN sebelum ini tetapi perlu dilakukan mengikut tatakelola yang betul dan selaras dengan dasar pentadbiran negeri yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Selaku kerajaan negeri, kita mengutamakan hak serta kepentingan rakyat. Justeru, kita tidak teragak-agak membawa mana-mana pihak ke muka muka pengadilan sekiranya berlaku kecuaian dan penyelewengan, katanya lagi.

Tiada ulasan: