Selasa, 6 November 2012

PRU13: Ismail Kamus dicalon semula?

FREE MALAYSIA TODAY
 
Berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari parti (PAS) maka ramai tercari-cari penggantinya bagi mengulangi kejayaan dalam PRU 2008.

 

Oleh Khaulah Azwar

Kunjungan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia Ustaz Dato Ismail Kamus terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi isyarat bahawa Adun PAS bagi Dun tersebut bakal berubah menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.

Berikutan pemecatan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dari parti maka ramai tercari-cari penggantinya bagi mengulangi kejayaan dalam PRU 2008.  Nama-nama yang terpampang di banner di kebanyakan tempat memaparkan gambar dan nama tiga pimpinan PAS Kawasan Gombak.

Mereka ialah Yang DiPertua (YDP) Kawasan Ustaz Sallehuddin Nasir, Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Abdul Halim dan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Ridzwan.

Namun terdengar suara daripada kalangan ahli-ahli parti yang mahu bekas Adun PAS Gombak Setia (1999-2004) Ismail Kamus kembali dicalonkan kerana beliau kini bertambah sihat dan mengunjungi Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin.

Aktivis PAS mengharapkan dengan mengemukakan semula bekas Adun tersebut maka peluang PAS untuk memenangi sekali lagi kerusi Dun Gombak Setia lebih cerah

Ketokohan Ismail Kamus diyakini dapat menyaingi ketua ‘Beras Jati’ (Hasan Ali) yang nampaknya seronok menyerang PAS dan Pakatan Rakyat terutama di luar kawasan Gombak.

Sekalipun terdapat segelintir penyokong dan ahli PAS di Dun Gombak Setia yang masih setia kepada Hasan Ali, baik secara terang- terangan atau maupun secara senyap, tetapi ianya tidak mematahkan hasrat PAS untuk mempertahankan kerusi tersebut.

Nama Ismail Kamus disebut-sebut sebagai menyahut saranan pimpinan tertinggi PAS untuk menggalakkan sebahagian pimpinan agar memberikan laluan kepada calon yang boleh menang dan lebih disenangi pengundi.

Dengan pemergian dan kembalinya ke rahmatullah bekas Pengarah DUN Gombak Setia dan juga Pengarah Pilihanraya PAS negeri Allahyarham Cikgu Mohd Radhi Yusof dan juga bakal calon Dun Gombak Setia maka jentera parti agak muram sebelumnya.

Namun ianya kembali pulih setelah YDP PAS kawasan berjaya mengembleng tenaga semua peringkat jentera ke arah bersedia untuk terus meraih kemenangan khasnya semua Dun dalam kawasan Gombak beserta kerusi parlimennya sekali.

Dengan kemenangan PAS di Dun Gombak Setia nanti ianya bakal menyumbang kepada pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat bagi penggal kedua.

Tiada ulasan: